Labels

Wednesday, June 1, 2016

Mencari Tanda-tanda Kemurungan


Artikel sebelum ini

Oktober 2015.

Terdetik di hati saya.
Kenapa dia tidak duduk bersembang seperti biasa?
Asyik memerap saja sepanjang hari di dalam bilik.

Bila berbicara, tuturkatanya seolah-olah berlakon.
Seperti mahu mengelak. Ataupun menyorokkan sesuatu.
Adakalanya seperti tidak berpijak di bumi nyata.
Saya hanya membuat andaian, mungkin dia masih "jetlag" walau pun sudah lebih dua bulan pulang dari habis belajar.

Saya masih tidak tahu apakah puncanya dia jadi begitu.
Tapi saya tahu itu bukan dirinya yang sebenar, bukan anak saya yang saya kenali.

Itu hanya tanda-tanda awal yang ketara.