Labels

Tuesday, July 1, 2008

5 prinsip Nury

Saya ingin menambah maklumat yang saya dapati dari buku yang diberikan semasa kursus Nury yang saya sertai.

NURY menggunakan lima prinsip dalam membangunkan potensi otak kanak-kanak iaitu:

1. Prinsip NURY 1 : Potensi anak

Bahawa setiap anak dalam kandungan berhak untuk dilahirkan sempurna dan dikurniakan dengan kemampuan untuk membesar ke tahap cemerlang dari segi fizikal, rohaniah, intelek, emosi dan kewibawaannya.

2. Prinsip NURY 2 : Pengasasan awal anak

Bahawa pembangunan setiap anak mempunyai peluang besar untuk menjadi nyata hanya sekiranya ibubapa, sebagai PENDIDK dan PENGASAS utama dan pertama, berusaha memberinya stimulasi serta pengasasan awal sejak anak itu dalam kandungan secara berterusan dengan keutamaan diberikan kepada usia tiga tahun.

3. Prinsip NURY 3 : Ibu bapa dan institusi rumah

Bahawa ibubapa perlu memperolehi pengetahuan dan kemahiran sehingga dapat menyempurnakan, dengan penuh tawadhu', fungsi serta tanggungjawab sebagai Pengasas dan Pendidik pertama dan utama kepada anak sendiri.

4. Prinsip NURY 4 : Hubungan simbiotik

Bahawa perkembangan potensi optima setiap anak yang bermula di suasana rumah mestilah diperkayakan dengan pengetahuan di luar rumah; dan pengetahuan serta pengalaman yang diperolehi dari luar rumah itu harus pula dihalusi dengan bimbingan di rumah masing2.

5. Prinsip NURY 5 : Adat resam keluarga dan masyarakat.

Bahawa apabila konsep dan pengetahuan itu manjadi amalan sejumlah besar keluarga2 sehingga dijadikan CARA HIDUP dan ADAT RESAM masyarakat itu, maka barulah terapai pembangunan keluarga yang sebenarnya dan, dengan itu, pembangunan agama, bangsa dan negara yang kukuh.

Untuk melaksanakan lima prinsip ini, NURY telah mengatur program-program pembangunan manusia, antara lainnya seperti berikut:
1. Program bacaan (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Al Quran)
2. Program cebisan intelek
3. Program matematik dan kuantiti
4. Program muzik dan irama
5. Program daya kreatif dan daya fikir
6. Program makanan dan khasiat pemakanan
7. Program pertuturan dan bahasa (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Al Quran)
8. Program daya manipulasi
9. Program pembangunan jasmani (fizikal)
10. Program kesihatan dan keselamatan

Konsep yang diutarakan dalam program Nury ini amat penting dalam membangunkan modal insan. Bagi saya, program ini bukan saja sesuai untuk kanak-kanak, tetapi orang dewasa juga.

Untuk anak saya, Institut Nury mencadangkan latih tubi secara fizikal setiap hari di Institut Nury di Bukit Antarabangsa. Antara latihan yang perlu dilakukan ialah menjulur, merangkak, "marching" dan "roll pin". Selain dari itu, dia juga perlu mengambil vitamin dan menjaga pemakanan. Semua ini haruslah dilakukan secara konsisten, setiap hari sehingga tahap perkembangan otaknya meningkat.

Selamat mencuba.