Labels

Wednesday, December 4, 2019

Jauhkan pembaziran

Perkongsian menarik. Tidak tahu siapa penulisnya, tapi fahamilah mesej yang nak disampaikan.

****

German adalah sebuah negara industri terkemuka. Di negara seperti ini, banyak yang mengira warganya hidup berfoya-foya.

Ketika saya tiba di Hamburge , saya bersama kawan kawan masuk ke restoran. Kami lihat banyak meja kosong. Ada satu meja di mana sepasang anak muda sedang makan. Hanya ada 2 piring makanan dan 2 tin minuman di meja mereka.

Saya bertanya dalam hati apa hidangan yang begitu simple dapat disebut romantis dan apa sigadis itu akan meninggalkan si pemuda kedekut tersebut?

Tuesday, October 15, 2019

Selamat tinggal UK!

22 Sep 2019 Ahad 
Victoria Station
London Gatwick Airport

Setelah check-out dari airbnb, kami ke Victoria Station dan menyimpan beg-beg besar di luggage center.

Yong sudah berjanji dengan Amna untuk makan tengah hari di restoran berdekatan. Amna datang dengan ibu dan adiknya Sana'a. Setelah hampir 2 jam bertukar-tukar cerita, kami mengucapkan selamat tinggal kepada mereka. Emak Amna sangat bertimbangrasa, risaukan kami terlewat ke airport.

Monday, October 14, 2019

King's Cross dan Roti King

21 Sep 2019 Sabtu
St Pancras International Station
King's Cross Railway Station

Destinasi seterusnya adalah St Pancras International Station. Di sinilah pusat stesen keretapi bawah tanah bertaraf antarabangsa, yang menyambungkan UK dengan benua Eropah.

Rujuk di sini: St Pancras Railway Station


Popular dengan persembahan pemain piano secara langsung di sini, kamipun mencari di mana piano besar itu.

Membeli belah di Camden Town

21 Sep 2019 sabtu
London

Hari ini kami ke Camden Town. Deretan kedai-kedai cenderamata menjual bermacam-macam produk. Ada juga toilet paper dengan gambar presiden USA yang dijual.

Rujuk: Camden Town

Di dalam pasar pula, ada banyak kedai-kedai makan dan barangan kraftangan. Pasar ini sangat sibuk dan ramai pengunjung. Balqis dah nak mengamuk kerana rungsing dengan keadaan di situ. Tak mahu makan, minum dan duduk.

Sunday, October 13, 2019

Tip kesihatan Tun M

TIPS AWET SIHAT DAN AWET MUDA.
NASIHAT DARI TUN MAHATHIR

1. Bila umor sudah melebihi 70 tahun risiko penyakit alzheimer 10% atau lebih. Ketika itu pengidap menjadi nyanyuk banyak kehilangan daya ingatan. Fungsi2 otak semakin terganggu sehingga fungsi2 asas saperti buang air di tandas dan seterusnya istinjak pun sudah lupus dari ingatan. Nauzubillah, Ya Allah lindungilah aku dari penyakit tua dan segala keburukanya.

2. Sebenarnya sel2 otak iaitu neurons masih tumbuh bercambah serta berfungsi baik walau pun dengan meningkat umor dengan syarat orang berkenaan mengamalkan caragaya hidup yang sihat serta aktif fizikal dan mental (neuroplasticity). Rangsangan otak dilakukan dengan pembelajaran, maklumat dan aktiviti2 kemahiran. Walau pun telah wujud jutaan jalur2 maklumat dan sambungan2 synapses, masih ada ruang untuk peningkatan.

Otak kita saperti otot, menjadi lebih kuat jika kita beri exercise dan latihan.

Oxford Street dan Trafalgar Square

20 Sep 2019 Jumaat
London

Selepas makan di Restoran Melur, kami ke Oxford Street. Tempat ini terkenal dengan tempat shopping. Tengok di sini deretan kedai sepanjang Oxford St.

Shopping di Oxford Street

Kami bukanlah kaki shopping, hanya mahu mencari satu dua buah tangan untuk dibawa pulang ke Malaysia.


Bersiar-siar di Buckingham Palace

20 Sep 2019 Jumaat
London

Pertukaran guard dijadualkan pada 11 pagi. Tapi kami sampai dah hampir 12 tengah hari. Apa nak buat, tengok saja di sini....

Change of Guard

Pintu besar istana dikawal ketat. Jadi kami hanya bergambar, kemudian terus ke masjid.


Saturday, October 12, 2019

Menonton Harry Potter di theater

19 Sep 2019 Khamis
London

Jam 7 malam Angah dan Yong ke theatre menonton "live performance" kisah Harry Potter.


Menikmati ketenangan Greenwich

19 Sep 2019 Khamis
London

Greenwich merupakan bandar sejarah masa standard sedunia. Greenwich Mean Time (GMT) sudah menjadi sebahagian dari hidup kita, menetapkan masa mengikut zon kawasan dunia.

Rujukan: Greenwich

Kami singgah membeli sandwich di Tesco Express dan berkelah di taman Greenwich. Sandwich paling sedap dalah "shrimp and mayo", selain itu ada juga salmon, tuna mayo dan "cheese and onion".

Menaiki River Thames Cruise

19 Sep 2019 Khamis
River Thames, London

Stesen Cruise itu terletak bersebelahan dengan West Minster Bridge. Kami berpeluang bergambar dari atas jambatan itu, yang berhampiran dengan Big Ben dan Eye of London. Tempat ini menjadi tarikan pelancong luar dan dalam negara, sentiasa dipenuhi orang ramai walaupun pada hari Khamis.