Victoria Station
London Gatwick Airport
Setelah check-out dari airbnb, kami ke Victoria Station dan menyimpan beg-beg besar di luggage center.
Yong sudah berjanji dengan Amna untuk makan tengah hari di restoran berdekatan. Amna datang dengan ibu dan adiknya Sana'a. Setelah hampir 2 jam bertukar-tukar cerita, kami mengucapkan selamat tinggal kepada mereka. Emak Amna sangat bertimbangrasa, risaukan kami terlewat ke airport.
Jam 6:15 petang, Awen bertolak balik ke Manchester menaiki bas. Sedih juga berpisah dengan Awen, dia banyak bantu sepanjang pengembaraan ini. Dialah penunjuk jalan, menyuap Balqis makan dan menempah makanan dan teksi melalui applikasi online.
Sementara menunggu sehingga check-in jam 10 malam, kami singgah makan di sebuah restoran Lebanon di tingkat atas.
Kami selamat tiba di Doha Airport jam 6:40 pagi. Dengan permintaan untuk Special Assistance, kami dibawa ke Gate B5 untuk menunggu masa boarding. Flight ke KUL jam 8:40 pagi.
Takdirnya...setelah siap untuk boarding, Balqis nak buang air besar pula. Dia nampak tak selesa sangat dan batuk-batuk tak berhenti. Untuk ke tandas, kami terpaksa "unboard" satu keluarga. Bermakna kami terlepas penerbangan 8:40 pagi ini.
Kata kru bertugas, penerbangan seterusnya 7:30 petang. Percuma untuk tangguhkan penerbangan. Kami disuruh berehat di bilik rehat. Balqis tidur saja. Diajak makan pun dia tak mahu. Kami menunggu hingga 4:30 petang.

No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.