Brighton Pier
Jam 630 petang tiba di Brighton Pier. Pier ini sangat terkenal sebagai tempat tarikan pelancong ke Brighton. Di bahagian luar Pier ada beberapa gerai menjual Fish & Chips dan juga Churros. Sedap dimakan ketika cuaca suram dan sejuk begini.
Kelihatan kipas solar berderetan terpacak di tengah laut. English Channel yang memisahkan antara UK dari benua Eropah.
Asalnya kami bercadang untuk makan nasi goreng udang di Pier ini. Tapi kedai yang Yong pergi dulu sudah tiada lagi, mungkin sudah berpindah ke tempat lain.
11:15 malam sudah sedia untuk tidur. Masih tak percaya kami sudah sampai ke Brighton. Satu hari pusing Brighton...terasa penatnya!
Pengembaraan yang bakal menjadi kenangan yang indah.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.