Labels

Saturday, October 5, 2019

Senibina Islam di Cambridge Central Mosque

12 Sep 2019 Khamis
Cambridge

Tidak sempat untuk "punting" kerana hari sudah menjelang senja.

Akhirnya kami terus mencari masjid yang baru dibina itu. Kami terpaksa melalui kawasan perumahan untuk sampai ke Central Mosque. Jalannya agak sempit dan sehala saja. Berpusing-pusing juga nak sampai ke masjid itu.

710 petang kami tiba di masjid. Masjid tercanggih di UK kot. Cantik sangat dan pembinaannya dirancang rapi. Rekabentuk senibina kayu yang diinspirasikan dari rekaan Andalus di Sepanyol.



Tanah untuk masjid ini telah dibeli pada tahun April 2008.
Masjid ini mula digunakan untuk solat Jumaat pada 15 Mac 2019.
Oleh kerana kawasan masjid ini agak terhad, iaitu di kawasan perumahan, segala kemudahan dirancang sebaiknya.

Masjid ini mesra alam, dengan sistem solar menjana kuasa elektrik.
Tempat parking yang luas disediakan di tingkat bawah (basement).
Di bahagian depan pula dibina kolam air pancur yang kecil.
Ruang solat jemaah wanita di sebelah kiri masjid, dengan tandas dan tempat wudhu yang canggih.
Ruang solat untuk jemaah lelaki juga luas. Selain itu, terdapat juga bilik kuliah dan bilik tadbir.












Pintu ke ruang solat wanita




Tempat wudhuk wanita











Kami merasa sungguh bertuah kerana dapat menyaksikan keindahan senibina masjid baru ini. Sumbangan untuk pembangunan aktiviti masjid masih boleh disalurkan kepada pihak masjid.

Rujukan:
https://cambridgecentralmosque.org/

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.