120 petang - kami mendarat di Manchester. Suasana di luar sejuk. 16 darjah Celsius.
Gerimis menyambut ketibaan kami.
Kami dapat VVIP treatment hari ni.
Alhamdulillah! Allah permudahkan.
Sunflower lanyard
Dengan adanya lorong "Special assistance", kami bergerak dengan lajunya. Pegawai imigresen pun tanya soalan-soalan yang mudah dijawab. Yong beritahu nak bawak family jalan-jalan. Dulu pernah study sini. Tak timbul isu "not employed" segala.
Petugas "special assistance" memberitahu mengenai lanyard bunga matahari.
Satu solusi mudah untuk membantu OKU.
Hanya perlu dipakai oleh caretaker atau OKU sendiri.
Baru diperkenalkan tahun ini di UK. Manchester airport merupakan pioneer dalam mempromosikan kegunaan lanyard ini untuk memudahkan orang ramai memberi laluan kepada OKU. Orang ramai tidak tahu apa masalah OKU itu tetapi mereka sedar bahawa OKU ini mungkin perlukan bantuan atau lebih masa untuk buat sesuatu.
Rujukan:
https://www.rnib.org.uk/rnibconnect/hidden-disabilities-lanyard
Kami menyaksikan tahap kesedaran tentang menjaga OKU sangat tinggi di sini.
Di pintu tandas pun ada pesanan tentang OKU.
Contoh:
"Not all disabilities are visible."
Satu usaha terpuji... demi mendidik masyarakat supaya lebih prihatin terhadap OKU di sekeliling kita.
Balqis sangat happy bertemu Awen.
Cuaca mendung macam nak hujan, tapi memang begitu sepanjang masa.
Di depan pintu rumah tumpangan kami
4 petang - ke Curry Mile. Gelaran yang diberi untuk deretan kedai-kedai makanan halal.
Hanya berjalan kaki, tidak jauh dari rumah tumpangan kami duduk itu.Awen bawak makan nasi Arab di restoran Hadramawt. Balqis makan banyak setelah sehari lebih tak makan apa-apa.
630 petang Kami berpecah - Abah, Balqis dan saya balik ke rumah. Yong, Angah dan Awen pergi ke town. Awen pergi kerja di laluan yang sama ke town.
Sesampai di rumah, saya terus saja menggosok gigi. Terlalu penat sepanjang penerbangan. Ini baru nak baring dan rehat.
10 malam baru terjaga. Balqis sudah ikut Yong tidur di bilik atas. Angah pulak tidur di bilik bawah. Awen pun sudah balik kerja. Minum honey lemon sambil bersembang dengan Awen. Terus saja saya asingkan barang pesanan Awen untuk dihantar ke rumahnya.
12 tengahmalam - cuba memejamkan mata. Macam tak percaya sudah sampai UK.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.