9hb Sep 2019 Isnin
Rumah tumpangan untuk sekeluarga
Seperti yang saya katakan sebelum ini, rumah tumpangan kami disewa oleh anak-anak Malaysia yang belajar di Manchester uni.
Kalau tidak silap, ada seorang dari empat penyewa itu yang masih berada di Manchester (tak balik bercuti) tetapi dia sanggup mengosongkan rumah untuk kami sekeluarga menggunakannya. Terima kasih banyak-banyak kepada tuan rumah yang baik hati itu.
Kebiasaan rumah sewa di UK ini agak sempit dan berbelok-belok. Masuk pintu depan terus saja ke bilik. Sebelah kanan ada tangga naik ke tingkat atas. Ruang tengah untuk berehat, kemudian ke belakang pula ruang dapurnya.
Sangat kemas di dalam rumah ini, mungkin kerana penyewanya sangat ambil berat tentang kebersihan dan susunatur di dalam rumah. Di setiap sudut ada "notis peringatan" untuk pengguna, seolah-olah kita terasa diperhatikan!
Jalan menghala ke rumah tumpangan
Salah satu rumah di sini
Bergambar di hadapan rumah
Pemandangan di belakang rumah
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.