Labels

Wednesday, October 9, 2019

Melawat sekitar Brighton

16 Sep 2019 Isnin
Brighton

Pagi ini Angah sediakan breakfast. Cinnamon roll ditabur strawberry.

Abah, Awen dan Yong menghantar kereta sewa ke cawangan Brighton.

Jam 11 pagi setelah Abah, Awen dan Yong pulang dari menghantar kereta sewa, kami bergerak ke bandar Brighton. Satu tempat yang sangat biasa untuk Yong. Kami singgah di beberapa kedai untuk membeli barang-barang pesanan dari Malaysia.


Selain itu kami juga pergi ke tempat menarik seperti The Pavilion Dome, Old Stein, Brighton Dome (tempat graduation Yong).



























Kami makan tengah hari di Gourmet Burger Kitchen (GBK), ada burger dengan sos perisa kuah kacang yang unik. Pemilik teruja dengan kuah satay lalu memperkenalkannya sebagai perisa sos burger di restorannya.





Kami teruskan perjalanan ke Univ of Sussex dengan menaiki bas.
Sebelum itu kami singgah tengok rumah sewa di mana Yong pernah tinggal dulu.









Kemudian naik bas lagi hingga sampai ke Univ of Sussex. Bergambar di sekitar taman. Perpustakaan. Student Center. Medical School.

Singgah solat di surau uni di Student Center sekitar 5 petang. Dilengkapi toilet yang bersih dan paip air. Kebetulan Balqis sakit perut dan melepaskan hajat besar di situ.

Rujukan: Brighton and Hove











No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.