Labels

Saturday, February 27, 2016

Magnet diri - Buat orang rasa penting

1. Bahasa

Ketahui umur orang itu.
Ketahui gaya hidup orang itu - topik untuk berbual.
Ketahui siapa orang itu - latar belakang hidupnya.

2. Undang2 kemanusiaan

Semua orang mahu dihargai.
Semua orang mahu rasa berguna.
Semua orang mahu dikenang kerana kebaikannya.
Semua orang mahu berasa penting - banyakkan ucap terima kasih dan maaf.
Tidak suka publisiti murahan. 
Puji dengan ikhlas.

3. Tindakan

Orang berbudi kita berbahasa. Orang memberi kita merasa.
Buktikan pada orang, kita perlukan mereka.
Ingati mereka di hari penting.
Ziarahi mereka.
Jadilah orang yang pemurah, banyak memberi.

Friday, February 26, 2016

Apa itu "inflammation"?


Inflammation is the main culprit....

http://www.medicalnewstoday.com/articles/248423.php

 Inflammation boleh berlaku pada bila-bila masa saja. Kesan jangkamasa panjangnya adalah berbagai penyakit yang kita anggap kronik.





Tanda-tanda awal inflammation.




Bagaimana inflammation terjadi?




Apa yang boleh dilakukan?




Makanan yang anti-inflammatory



Pandangan Islam tentang Kemurungan


Berikut saya terjemahkan sebuah artikel yang saya rasakan amat relevan tentang topik KEMURUNGAN ini. Teruskan membaca untuk mendalami tentang penyakit ini.


Apa pandangan Islam terhadap KEMURUNGAN?

Salah seorang pembaca saya, seorang penuntut di bidang Psikologi menghantar beberapa perkara yang membelenggu dia:

"Apakah pandangan Islam tentang benci diri atau memudaratkan diri sendiri? Adakah Islam mengkritik "situational depresssion"? Bagaimana dengan "clinical depression"? Bagaimana pula murung kerana akal manusia ini terhad - kekurangan kita untuk memahami segala perkara- adakah itu satu isu keyakinan kepada Allah?


Kisah sang kolesterol


It's the INFLAMMATION - the main culprit.


Cholesterol is finally officially removed from 'Naughty' List

The US government has finally accepted that cholesterol is not a 'nutrient of concern', doing a U-turn on their warnings.
In the meantime, the US Drug Industries in connivance with Health Departments made over 1.5 trillion US Dollars by selling cholestrol lowering drugs. This fear probably caused death of a million gulliable citizen who believed the US drug industry.

Cholesterol has been on the "naughty" list of nutrients for nearly 40 years, with health officials warning us to stay away from high-cholesterol foods since the 1970s to avoid heart disease and clogged arteries.
"Full-fat dairy products and advocados are high in good fats."

Thursday, February 25, 2016

Nak sihat, penyebab radang


Serangan jantung hanya berlaku pada 30% dari mereka yang berkolesterol tinggi. Jadi kenapa kolesterol yang disalahkan?

Serangan jantung berlaku kerana saluran darah sudah menyempit disebabkan oleh INFLAMMATION (radang).

Banyak faktor lain yang menyebabkan serangan jantung ini. Yang paling biasa ialah trans fat, Omega 6, makanan yang banyak penambah perisa, diproses.
Trans fat dalam bentuk yang paling banyak adalah marjerin. Marjerin digunakan untuk membuat roti canai, kek, biskut, cookies dan lain-lain.

Lebih mengejutkan lagi adalah minyak masak yang diproses seperti minyak bunga matahari, canola, jagung, zaitun yang diimport dari luar - semua ini mengandungi Omega 6.

Yang terbaik adalah minyak kelapa, kelapa sawit.

Omega 6 dikenali oleh badan kita sebagai agen luaran. Macam PATI. Lantas, sebagai cara untuk membuang PATI ini, badan kita menolak kehadiran dengan tindakbalas - INFLAMMATION (radang). Secara fizikal, badan bertindak menghalau menghasilkan bengkak, sakit, panas, kemerah-merahan. pada salur darah pula, lemak terkumpul membentuk lapisan dan jika berpadu dengan Kalsium, membeku dan menyempitkan saluran darah.



1. Susu tepung kebanyakannya mengandungi Trans fat. Susu terbaik adalah susu kambing, unta. Binatang dengan hanya satu uncang penghadaman.

2. Omega 6 boleh dikurangkan dengan meningkat pengambilan Omega 3.

3. Telor ayam - ayam kampung. Kuningnya yang kemerah-merahan.

4. Sumber Omega 3 - minyak kelapa dara, minyak zaitun, ikan laut dalam, buah-buahan.

5. Gula yang natural - stevia atau madu. 

6. Pankreas keluarkan insulin - High calorie diet penyebab pancreas jadi penat. Seolok2nya minum teh panas, tambah daun pudina selepas makan.





Saturday, February 20, 2016

Jambatan ke alam abadi


Merenung kehidupan ini, detik demi detik terus berlalu.
Kawan-kawan dan saudara mara, gugur satu persatu.

Bagi yang sudah pergi, ucapkan selamat menempoh alam yang baru,
Bagi yang masih diberi nafas,
Semakin meningkat usia, semakin banyak pengalaman dilalui.
Ada yang pahit dan ada yang manis.

Kita harus sentiasa ingat mengingati
Dalam melayari hidup, usah lupa
Hidup ini hanyalah jambatan untuk ke akhirat yang kekal abadi.
Kekal abadi atau "infiniti"
Di sepanjang jambatan ini, kumpullah dan tambahlah
Amal dan syukur
Perbaiki diri dengan sifat-sifat mahmudah

Bagaimana mencetus kemahuan yang tinggi untuk ke syurga Allah?
Bagaimana mencetus keinginan yang membuak-buak?
Layakkah aku ke sana?
Mengapa tidak?
Bukankah rahmat Allah itu lebih besar dari murkaNya?

Cuma kita ini makhluk yang sering lupa...
Cuma kita ini makhluk yang terlajak dibuai mimpi syaitan
Cuma kita ini makhluk yang kurang bersyukur!!

Kerana kita tidak mencari ilmu tentang Syurga itu
Di mana segala-galanya indah belaka
Istana bertingkat-tingkat
Tiada dinding, tiada langsir
Penuh pohon-pohon buahan
Yang buahnya boleh dipetik dengan tangan
Yang dahannya rendang, meredupkan sekitar
Di dasarnya pula, hamparan pelbagai perisa sungai
Yang sekali minum, dahaganya tidak hilang sekian lamanya

Hanya duduk di kerusi empuk
Bersembang berhadap-hadapan sesama saudara se Islam
Makan apa saja yang diingini, terus terhidang
Minum dari air sungai yang menghilangkan kehausan yang lama

Tiada buang air, buang najis, buang angin,
Tiada ludah, tiada peluh, tiada letih,
Peluh wangi ibarat kasturi
Tiada cemburu, iri hati, dengki, sakit hati
Tiada stress
Tiada sedih dan masam muka

Semua bergumbira 
Dalam limpah kurnia nikmat yang tidak dapat dibayangkan

Apakah yang kita kejar sekarang, lebih berbaloi dari Syurga?
Sedangkan yang di sana itulah yang ABADI, SELAMANYA!


Sajak dari sahabat saya: (DocF)

Dunia ini hanya sementara
Kita adalah tetamu senja
Kumpul amal kumpul pahala
Untuk bekalan kita di sana



Friday, February 19, 2016

Kisah benar membesarkan anak syurga


Ramai yang tersentuh hati bila Zarina Zainuddin memaparkan kasih sayangnya terhadap anak istimewanya. Ramai yang melahirkan simpati terhadap dia dan anak-anaknya, harapnya masyarakat sekarang lebih memahami isi hati ibu dan bapa kepada anak-anak sebegini. 

Apa yang dipaparkan itu hanyalah beberapa minit dari belasan tahun menjaganya. Dari kecil hinggalah dewasa. Hanya sekelumit waktu yang dihebahkan. Di masa  yang lain, hanya yang menjaga yang tahu betapa peritnya menghadapi kerenah anak-anak istimewa.

Rujukan: 



Hanya ibubapa yang punya anak istimewa yang mengerti apa yang dilaluinya.
* dicemuh tatkala keluar makan di restoran,
* dikatakan anak kurang ajar bila anak buat perangai di kenduri kendara saudara mara,
* tidak diterima oleh tadika dan sekolah kerana anak tak boleh urus diri.

Terlalu banyak keluhan. Namun tiada jalan penyelesaian.
Hingga kini anak-anak istimewa seolah-olah terabai, dari pandangan masyarakat.

Tabik hormat untuk ibubapa semua!!
Anda adalah insan terpilih. Tidak semua insan mampu melaluinya dengan tabah.



Thursday, February 18, 2016

Ubah cara pemakanan kita


Budaya Melayu banyak menggunakan bahan-bahan berminyak dalam masakan. Cara kita makan, aturan makanan yang diambil kurang diberi perhatian. Biasanya kalau sudah mengadap makanan, terus saja telan apa yang di depan mata.

Sunnah ke mana, ilmu sains pun entah ke mana. Lupa segala, bila makanan sudah bertimbun di depan mata, terutama bila perut sudah berkeroncong.

Berikut beberapa petua yang diturunkan oleh kawan saya yang juga seorang doktor.

Petua 1: Minum air dan buah-buahan 15 minit sebelum makanan berat.

Makan buah 15 minit sebelum makan nasi.
Selepas makan nasi pula, minum sedikit air saja, cukup untuk menghadamkan makanan. Jika minum terlalu banyak air, enzim penghadamana tidak dapat melakukan kerjanya dengan berkesan.

Petua 2: Asingkan makanan laut dan darat.

Ini Sunnah Nabi, makan hasil laut dengan hasil laut juga. Hasil darat buat hidangan lain.

Kunyah 40 kali sebelum telan.

Makan bawang untuk kurangkan kesan karbon pada makanan bakar.

Ratio 9 : 1 untuk sayur, salad : roti, nasi.

Ratio 2 : 8 untuk makanan asidik : alkali.

Petua 3: Minum air panas selepas makan

Orang Arab, Pakistan, China dan Jepun minum teh panas (dicampur pudina) selepas makan, bukan air berais yang sejuk.

Minum air hanya semasa perut kosong. 15 minit sebelum makan.

Jangan minum air sejuk/ais selepas makan. Air sejuk akan membekukan makanan berunsur minyak dan lemak, lantas memperlahankan proses pernghadaman. Makanan yang berkeladak itu mangambil masa lebih lama untuk dipecahkan, perut perlu lebih banyak asid hidroklorid. Apabila diserap oleh usus kecil atau mungkin hanya membentuk lapisan lemak sepanjang usus kecil.

Petua 4: Jus buah yang dikisar mesti diminum dalam 30 minit selepas dikisar.

Selepas lebih 30 minit, buah itu akan teroksida dan sudah bertukar menjadi asidik.





Petua 5: Kurangkan makanan tinggi-lemak, diproses.

Makanan berminyak, makanan diproses, makanan diawet.

Contoh - French fries, hotdog, burger.

Begitu juga dengan minuman. Ambil susu segar kambing sebaik-baiknya. Bukan susu formula atau sus lembu. Soya pula, bagus untuk perempuan, tetapi kurangkan untuk lelaki kerana ia menggalakkan pengeluaran estrogen.

Petua 6: Sebelum tidur, minum segelas air suam.

Minum air suam sebelum tidur untuk mengelakkan darah membeku (blood clotting). Air suam juga bagus untuk membersihkan toksin dalam badan, yang kemudiannya dikeluarkan melalui kencing.

Minuman masam dicampur bawang dan cili juga bagus untuk membersihkan toksin. Begitu juga dengan "laban/lassi" (yogurt masam) atau air lemon patut diminum selepas makan makanan yang berlemak tinggi.

Petua 7: Ubah cara memasak makanan.

Pilih daging lembu atau kambing yang makan rumput.

Untuk menggoreng, guna minyak kelapa atau kelapa sawit. Jangan ulang goreng dengan minyak yang sama selepas 3 kali guna.

Minyak zaitun, canola, jagung gunakan untuk buat salad dressing.

Banyakkan bakar, rebus dan kukus. Kurangkan goreng terutama goreng penuh.


Petua 8: Kurangkan berat badan.

Nasihat dari kawan doktor saya, resipi berikut untuk mengurangkan berat badan pada usia menjangkau setengah abad tahun ini.

1) Puasa 2 kali seminggu, dont miss Sahur.

2) Very very minimal Sugar; Carbohidrat. (Nasi/ roti/ mee / kuetiow). Replace with hi fibre, brown, whole meal.

3) It's ok to ratah 3-4 Ikan kembung + Sayoq every meal.

4) Chew 40X before swallow your food.

5) 15 min prior to meal, take 'slice' of fruit; plenty plain water.

6) Regular Exersice 2 hrs/week. Split to 2-3 days.

7) Dont eat alone, share table with others.

8) Early to bed, early to rise. Perform tahajjud with long ayat. 100-200 sentences in 2 or 4 rokaat solah.

9) Dont sleep before Dhuha, do something. Berpagi-pagi.

10) Dont cook tasty/delicious food. Simple one like Chinese, Japan; Korean food.

11) Burn excess fat by taking hi metabolism induce food eg Onion , Pepper , Halia , Ulam.


Wednesday, February 17, 2016

Ketahanan ciri-ciri KW

KW tidak mengekalkan ciri-siri istimewanya selama-lamanya. Ketahanan ciri2 KW bergantung kepada pendedahan pada cahaya, suhu dan pergerakan.

Mari kita lihat apa ciri-ciri istimewa KW berbanding air lain.




1. tinggi alkalinya.

2. molekul KW lebih halus dari air biasa.

3. tinggi anti-oksidan



Macam mana nak tahu KW masih kekal ciri-cirinya?

1. alkali - untuk pH 8.5 hinggs 9.5 gunakan (pH tester). Lihat perubahan warna pada pH tester.
Untuk pH 2.5, tinjau bau klorin. Untuk pH 11.5, campurkan dengan minyak bijan dan lihat pembauran.

2. molekul halus - rendamkan satu uncang teh hijau, lihat samada teh hijau keluarkan warnanya.

3. anti-oksidan - gunakan ORP (oxigen reduction potential) meter untuk mengukur kadar oksigen dalam KW. Nombor negatif yang besar bermakna tinggi kandungan anti-oksidan.



Kerana itu, haruslah kita memunafaatkan kelebihan ciri-ciri KW ini untuk kita.

Kalau KW disimpan seperti yang disarankan, setiap ciri ini boleh tahan:

* alkali : tahan 1 ke 4 minggu.
* anti oksidan : tahan 2 - 7 hari.
* mikro kluster : tahan 1 ke 3 bulan.





Cara simpanan yang disarankan:
Bekas kaca atau stainless steel, bertutup, sejuk, kurang digerakkan.
Botol putih tu, adalah botol terbaik buatan plastik untuk kemudahan pengangkutan.

Namun, sebaik-baiknya KW diminum segar, dari mesin Kangen itu.








Perkembangan yang menggembirakan

Melangkah ke tahun 2016, kami mengambil keputusan mencuba tempat baru, iaitu sebuah PDK yang diuruskan oleh ahli rangkaian Community Based Rehabilitation (CBR). Pusat ini lebih hampir dengan rumah, memudahkan perjalanan menghantar dan mengambil Balqis.

Rujuk di sini tentang CBR : http://www.who.int/disabilities/cbr/en/



Pada awalnya, Balqis melalui proses "kenalpasti masalah" untuk memberi solusi yang bersesuaian dengannya. Tidak banyak yang kami harapkan dari PDK ini, yang pasti biarlah sedikit berubah walau dengan usaha yang tanpa henti. Prioriti nombor satu kami adalah boleh mengurus dan mengemas dirinya sendiri. PDK ini menawarkan khidmat 6 jam seminggu untuk mencapai matlamat yang diharapkan.

Baru dua minggu di situ, Balqis sudah menampakkan perkembangan yang memberangsangkan. Antaranya yang kami perasan:

  • dia boleh turun tangga dengan menggunakan kedua belah kakinya,
  • masih dalam proses tinggalkan terus penggunaan diaper,
  • dia boleh berjalan sendiri tanpa perlu memegang tangan orang lain.

Selain dari latihan untuk OKU, PDK ini juga bekerjasama dengan sebuah syarikat pemakanan tambahan dalam satu projek pemakanan sihat. Balqis juga sebahagian dari projek itu, di mana dia diberi Omega 3 dan probiotik. Kita nantikan hasilnya kemudian.

Sembelit dan anak istimewa

TESTIMONI

Sembelit dan anak istimewa.

Saya mengalami masalah sembelit sejak 16 yang lalu. Saya tidak ada resa ...iaitu nikmat  untuk buang air besar secara normal selama ini. Nikmat untuk buang angin juga tidak ada.

Saya bergantung kepada ubat pamcit sekiranya ingin melepaskan hajat. Bukan setiap hari saya dapat berbuat demikian.

Setelah mencuba KW saya sangat terkejut bercampur gembira sebab tidak sampai 2 minggu saya sudah boleh membuang air besar secara normal. Pada mula banyak lendir yang keluar. Pernah juga najis keluar bercampur darah. Sekarang saya juga sudah boleh buang angin. Perut saya rasa selesa. Kini baru sebulan minum saya sudah nampak keberkesanannya. Saya tidak lagi bergantung pada ubat pamcit. Alhamdullillah!

Saya juga dikurniakan seorang anak istimewa yang kerap mengalami sawan. Ada asma dan resdung. Anak saya juga mengalami perubahan kesihatan yg sangat ketara setelah minum KW. Dia sudah jarang kena sawan dan asma. Sekarang sedang mengalami proses penyembuhan. Anak istimewa saya sangat suka minum KW ini. Saya sangat bersyukur ditemukan dengan KW ini dan berhasrat untuk membeli mesin secepat mungkin.

Puan za
Johor
Dis 2015


Tuesday, February 16, 2016

Proses menyahtoksid oleh badan

Bagaimana badan kita menyahkan toksid?


Proses dalam badan (maaf, kualiti slaid kurang memuaskan)

Perlu kita fahami, badan kita berfungsi secara optimal pada pH 7.35 ke 7.45 di mana kadar oksigen adalah 65%.

Kita harus mengimbangi apa yang masuk ke dalam badan kita dengan apa yang keluar dari badan kita. Dalam jangkamasa yang panjang, fungsi badan kita akan terganggu sekiranya keseimbangan ini tidak tercapai.

Sumber-sumber toksin

* makanan - yang berprotein tinggi, bergula tinggi, makanan diproses. Apa saja makanan yang sudah dimasak akan bertukar sifatnya menjadi asidik (pengoksidan telah berlaku),

* minuman - yang bergula, yang diproses, yang dibotolkan, termasuk air paip. Walaupun air paip mencapai pH neutral di sesetengah tempat, ia ditambah klorin dan flourida pula untuk membunuh kuman.

* persekitaran - udara yang kita sedut mungkin datangnya dari pencemaran alam sekitar, seperti jerebu, pembakaran tidak terkawal dan asap dari kenderaan,

* proses badan - proses badan seperti proses metabolisma, proses pernafasan, proses perkumuhan juga menghasilkan toksin.

Toksin luaran yang masuk ke dalam badan kita dan is harus ditapis supaya keluar semula.

Proses menyahtoksid badan

Badan kita dijadikan sebijaknya untuk mengawal pH badan agar berada di paras optimal. Contohnya:
* paru-paru - apabila kita menghembus nafas, karbon dioksida (CO2) dikeluarkan;
* buah pinggang - memecahkan kandungan darah berasid kepada hidgrogen ion ke dalam air kencing (pH 6);
* sel - mengeluarkan kalsium karbonat dari tulang.

Begitulah bijaknya badan kita dicipta oleh Pencipta yang agung.

Jadi kenapa air penting?

Kerana dalam setiap proses di dalam badan ini, kita perlukan air yang berkualiti, yang boleh membantu badan kita memproses toksin secara berkesan. Tanpa air yang cukup, toksin (asid) akan berkumpul dan akhirnya terjadilah penyakit.

Minyak - sumber ekonomi dunia


Harga minyak naik lagi!!!




Keluhan demi keluhan kita dengari kerana kenaikan harga minyak.
Tentu sudah, harga barangan lain meningkat lagi. Bagaimana sumber pendapatan tidak bertambah, tapi nak membeli apa saja, harganya meningkat tanpa henti.

Inilah realiti kehidupan...

Namun baru-baru ini sudah beralih arah pulak harga minyak ni.
Asyik turun dan turun lagi. Sayapun menjadi hairan kenapa komoditi paling bernilai ini turun pula harganya?

Saya mendapat maklumat dari TV al-hijrah yang mengemukakan tajuk itu di meja SPEnya.

Kronologi peristiwa:

US meningkatkan pengeluaran "shale oil"nya kerana kos pengeluarannya lebih murah dari kos minyak di laut lepas. Apakah itu "shale oil"?
Rujuk di sini >> https://en.wikipedia.org/wiki/Oil_shale

Pengeluaran "shale oil" ini mengakibatkan lebihan SUPPLY minyak di pasaran dunia. Jadi SUPPLY melebihi DEMAND, menyebabkan turunnya harga minyak.

Kesatuan negara-negara pengeluar minyak (OPEC) pula telah bermesyuarat dan membuat keputusan yang mengejutkan. Walaupun SUPPLY sudah terlebih, OPEC tidak kan mengurangkan kadar pengeluaran minyaknya kerana tidak mahu kekurangan dana negara dari hasil minyak. Maka terjadilah lebihan SUPPLY minyak di pasaran.

Kesannya yang paling dekat, ialah syarikat-syarikat minyak tidak dapat bertahan dan bankrap. Syarikat Dengan itu, ramai pula yang hilang pekerjaan kerana syarikat yang ditutup.

Kejatuhan 1 USD, akan mengurangkan pendapatan negara sebanyak RM 300 juta. Sehinggakan negara kita telah mengambil langkah drastik mengubahsuaikan bajet negara.

Sampai bilakah trend ini akan berakhir?

Hanya Allah yang maha mengetahui.
Namun kita hanya mampu mentelah, siapakah yang punya angkara dan apakah percaturan mereka seterusnya.

Terlalu banyak teori konspirasi yang kita  sudah dengar, jadi ambillah iktibar. Mungkin ada yang benar seperti yang dirancangkan oleh konspirator itu.

Yang penting, apakah persediaan kita jika situasi ini berlarutan? Sudahkah kita menyediakan "backup plan" kita?

Fikir-fikirkan lah!!

Monday, February 15, 2016

Kenapa perlukan mesin KW?

Mari kita lihat khasiat Anti-Oksida Dari Segelas Air Kangen

Kali ini kita nak kongsi mengenai kelebihan memiliki mesin Enagic. Kelebihan yg paling UTAMA ialah anda dapat anti-oksida yang tersangat tinggi, sangat mudah diperolehi dan sangat senang diserap oleh tubuh. 

Berapa tinggi anti-oksida dalam air Kangen? 

9.5 pH menghasilkan ORP diantara -380 sehingga -600.
Boleh setinggi -800 mili Volt kalau minum air Kangen pH11.5 yg FRESH dari mesin.


Kalau pH9.5 sekitar -400 mV - -600mV. Segelas anti-oksida dalam air Kangen bersamaan anda minum 16 gelas teh hijau! 
Bolehkah anda minum 16 gelas teh hijau? Segelas pun perut dah senak. Mana lebih senang -minum segelas air Kangen atau 16 gelas teh hijau?



Segelas air kangen sama juga kandungan makan 1 kilo gram Blue Berries atau makan 5 kilogram sayur Broccoli? Bolehkah anda makan 4 pinggan sayuran? Sepinggan pun sudah kenyang. Mana lebih senang - minum segelas air Kangen atau 4 pinggan sayuran?

Harga pasaran blueberries 125g ialah RM11.49 (Tesco). Bermakna anda harus makan 1 kg blueberries dengan harga RM92.00+ menyamai anti-oksidan dari segelas air Kangen.

Cara paling senang, dapatkan anti-oksida ialah minum air kangen FRESH dari mesin.

Anti-oksida air kangen pula dalam bentuk hidrogen aktif ia cepat digunakan oleh tubuh utk meneutralkan radikal bebas (free radicals) berbanding anti-oksida dalam sayuran dan buah-buahan yg perlu dihadam terlebih dahulu.

Anti-oksida menjaga tubuh anda supaya tidak melewati batasan had toksik yg mampu ditampung oleh tubuh anda. Pernormalan radikal bebas ini menyebabkan tubuh anda sentiasa dalam kondisi kuantiti toksik badan yg rendah. Under control. Within limit.  Jadi anda tidak mendapat penyakit barah, darah tinggi dan pelbagai penyakit kronik.

Senang saja nak faham...kita sakit apabila toksik dah over the limit yg badan kita boleh tolerate. Jadi jagalah jangan sampai over the limit. Caranya, ambil anti-oksida setiap hari.

Dengan manfaat anti-oksida ini saja sudah cukup memberikan anda sebab yg kuat utk anda meletakkan mesin perubatan Enagic ini di dapur anda dekat kitchen sink anda.

Dgn serendah RM200 ++ sebulan utk memiliki mesin ini dan mendapat manafaat anti-oksida yg tertinggi di dunia, you simply cannot ignore it .. gotta have it, my friend!

Berapa ramai manusia yg sanggup beli makanan kesihatan dalam bentuk jus, bentuk tablet yg berharga ratusan ringgit sebulan dan ada yg lebih seribu ringgit sebulan utk mendapatkan manfaat anti-oksida yg masih rendah berbanding apa yg ada dalam air Kangen?

Beli mesin ini sekali saja dan anda mempunyai punca anti-oksida di dapur anda yg anda boleh perolehi tanpa had banyaknya, bila-bila masa saja.

Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga ilmu ini memberi munafaat untuk anda.

Sunday, February 14, 2016

Buku: Kanser dan Kangen


Inilah buku terbaru mengenai Kangen Water. Dari penulis yang sama dengan "Keajaiban Air" iaitu Pn Norhuda Mahat. Buku ini saya beli semasa menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh pihak distributor KW.



Amat pahit kebenaran tentang kanser atau barah ini.

Di sini saya ingin memetik sedikit maklumat dari buku ini.


HAKIKAT YANG BELUM TERUNGKAI

Sila buka minda dan hati. Terimalah ilmu ini dengan hati terbuka. Dan kemudian sampaikan kepada keluarga dan sahabat handai kita.

Gambaran tentang rawatan kemoterapi dan radioterapi adalah ianya proses MEMOTONG, MERACUN dan MEMBAKAR sel kanser dan juga sel badan lain yg sihat. Kesemua rawatan ini TIDAK BERKESAN dalam membunuh sel kanser, malah menyuburkan sel kanser. Terlalu banyak kesan sampingan yang menyakitkan disenaraikan di dalam buku ini. 

Dalam bab KEASIDAN YANG MEMBUNUH pula, penulis menceritakan  bagaimana sel kanser membiak dan hidup subur di dalam persekitaran pH berasid. Jadi langkah pertama adalah kurangkan keasidan badan dan tingkatkan ALKALI. Badan kita secara optimumnya berfungsi dengan sihat pada ph 7.35 ke 7.45. Ini bermakna terapi yang paling baik adalah terapi beralkali, menukar tabiat pemakanan kepada pemakanan beralkali tinggi.

Bagaimana diet beralkali mempengaruhi sel kanser?

>> Dari kajian makmal, sel kanser cepat membiak dalam suasana berasid.

>> Dengan makan makanan beralkali, kadar pertumbuhan sel kanser berkurang.

>> Sel kanser tidak boleh membiak dalam persekitaran yang tinggi kandungan oksigen. Sel tisu yang punya kandungan alkali yang tinggi mampu menampung kandungan oksigen yang lebih tinggi dari sel tisu yang berasid.

>> dengan memastikan kandungan pH yang tinggi di dalam badan, ia dapat melindungi sel dari serangan sel kanser.

Dalam bab MASIH ADA SINAR HARAPAN, penulis membentangkan bagaimana KW dapat membantu menyahkan keasidan sel dalam badan kita. Melalui "Protokol BOB WRIGHT untuk kanser", penulis membetulkan salah faham yang mengatakan bahawa protokol ini meningkatkan pH darah. Protokol ini membantu meningkatkan pH di dalam sel kanser, menyebabkan suasana tidak kondusif bagi sel kanser untuk membiak.

Apakah ATP?

ATP adalah singkatan bagi Adenosine Triphosphate iaitu sumber tenaga yang paling penting dan utama dalam badan. tenaga dalam bentuk ATP inilah yang menggerakkan sel badan untuk berfungsi sebaiknya.

Sel kanser mempunyai sejenis mikrob yang dipanggil "mikrob kanser" yang sangat banyak.

1. mikrob kanser memakan glukos. Bila kurang glukos, kuranglah ATP yang dihasilkan, menyebabkan sel kanser menjadi lemah.

2. mikrob kanser merembeskan bahan buangan yang sangat toksik dikenali sebagai "mycotoxins". Mycotoxin mrembeskan enzim yang menyelaputi sel kanser itu sehingga sistem pertahanan badan tidak dapat mengesannya. Mycotoxin ini juga memotong laluan tisu-tisu lain di sekelilingnya menjadikan sel kanser itu sangat cepat merebak.

Mikrob kanser ini perlu dibunuh. Bila mikrob kanser ini mati, penghasilan glukos tidak terganggu lagi, menghentikan rembesan mycotoxin dan halangan dari penghasilan tenaga ATP untuk kegunaan sel. Dengan cara ini, sel kanser akan bertukar kembali menjadi sel yang normal, balik kepada asal.

Benarlah seperti maksud perkataan KANGEN itu dalam bahasa Jepun - kembali kepada asal, dengan KW, fungsi sel dalam badan itu boleh kembali kepada fungsi asalnya.

Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan buku ini segera.

Saturday, February 13, 2016

Filter vs Ionizer

Apa bezanya penapis dengan ionizer?

Ya tak ya jugak, kedua-duanya menghasilkan air yang bersifat alkali. Jadi apa bezanya?


Penapis air (Filter)

Fungsinya menghasilkan air yang bersifat alkali menggunakan bahan kimia atau batu mineral. Dari segi fizikalnya, penapis mempunyai beberapa silinder dengan tujuan-tujuan tertentu.

Mesin KW (Ionizer)

Fungsi mesin KW sedikit berbeza dari penapis. Ia menghasilkan air dengan melalui proses elektrolisis. Maka ia tidak memerlukan banyak silinder untuk tujuan penapisan.



Maaf, kualiti slaid kurang memuaskan

Memahami proses elektrolisis


Rajah di bawah ini menunjukkan proses elektrolisis yang paling mudah untuk difahami.


Kita dapati hasil berbeza dari air yang sama, bergantung kepada katod (Cathode = negatif) atau anod (Anode = positif) yang digunakan.

Begitu jugalah yang berlaku dalam mesin KW.



HASIL DARI PROSES ELEKTROLISIS ADALAH:

* OH-  = hydroxil ion - yang bersifat alkali, memberi elektron.
* H+ = hydrogen ion - yang bersifat asidik, mencuri elektron.

Rajah di bawah ini juga menerangkan elektrolisis secara lebih luas.





Rajah berikut menunjukkan secara ringkas apa yang berlaku dalam proses elektrolisis di dalam mesin KW.




Komposisi air dari paip melalui penapis bagi menyahkan bakteria, sebelum disalurkan ke ruang elektrolisis. Hasil dari proses itu, 70% dikeluarkan di bahagian atas mesin, 30% dikeluarkan di bahagian bawah mesin. 

Tidak ada air yang dibazirkan dalam proses ini.



Wednesday, February 3, 2016

Usaha tanpa henti

Jom Tanamkan dalam diri 


Biar bermula dengan rezeki yg kecil utk dapatkan rezeki yg lebih besar...
Usaha tanpa kenal erti putus asa...
Bersusah payah demi sesuatu yg kita impikan...
Berkorban demi kedua ibu bapa...
Jangan berhenti sebelum berjaya...
Tidak ada dalam diri sifat ingin undur diri bila gagal sekali...
Terus melangkah walau jatuh berkali kali..
Kerana satu...
"Aku percaya rezeki itu ada cuma datang dengan pelbagai cara.. Cepat atau lambat ia tetap ada.. Aku hanya Usaha dan Istiqamah, Tawakal pulak Tuhan yg menentukan..."

Ingat! Miskin bukan untuk di warisi, kaya bukan untuk dimegahi, ilmu perlu dikongsi, agar hidup lebih diberkati"
Kalau anda ingin berhenti, ingat semula kenapa anda mengambil keputusan untuk bermula...
Usaha yg anda mulakan hari ini bukan lah utk kesenangan hari esok atau lusa, tapi utk masa hadapan anda dan keluarga.

Kalau bukan hari ni bila lagi anda nak mulakan??
salam berjaya