Labels

Thursday, February 25, 2016

Nak sihat, penyebab radang


Serangan jantung hanya berlaku pada 30% dari mereka yang berkolesterol tinggi. Jadi kenapa kolesterol yang disalahkan?

Serangan jantung berlaku kerana saluran darah sudah menyempit disebabkan oleh INFLAMMATION (radang).

Banyak faktor lain yang menyebabkan serangan jantung ini. Yang paling biasa ialah trans fat, Omega 6, makanan yang banyak penambah perisa, diproses.
Trans fat dalam bentuk yang paling banyak adalah marjerin. Marjerin digunakan untuk membuat roti canai, kek, biskut, cookies dan lain-lain.

Lebih mengejutkan lagi adalah minyak masak yang diproses seperti minyak bunga matahari, canola, jagung, zaitun yang diimport dari luar - semua ini mengandungi Omega 6.

Yang terbaik adalah minyak kelapa, kelapa sawit.

Omega 6 dikenali oleh badan kita sebagai agen luaran. Macam PATI. Lantas, sebagai cara untuk membuang PATI ini, badan kita menolak kehadiran dengan tindakbalas - INFLAMMATION (radang). Secara fizikal, badan bertindak menghalau menghasilkan bengkak, sakit, panas, kemerah-merahan. pada salur darah pula, lemak terkumpul membentuk lapisan dan jika berpadu dengan Kalsium, membeku dan menyempitkan saluran darah.



1. Susu tepung kebanyakannya mengandungi Trans fat. Susu terbaik adalah susu kambing, unta. Binatang dengan hanya satu uncang penghadaman.

2. Omega 6 boleh dikurangkan dengan meningkat pengambilan Omega 3.

3. Telor ayam - ayam kampung. Kuningnya yang kemerah-merahan.

4. Sumber Omega 3 - minyak kelapa dara, minyak zaitun, ikan laut dalam, buah-buahan.

5. Gula yang natural - stevia atau madu. 

6. Pankreas keluarkan insulin - High calorie diet penyebab pancreas jadi penat. Seolok2nya minum teh panas, tambah daun pudina selepas makan.





No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.