Labels

Thursday, February 18, 2016

Ubah cara pemakanan kita


Budaya Melayu banyak menggunakan bahan-bahan berminyak dalam masakan. Cara kita makan, aturan makanan yang diambil kurang diberi perhatian. Biasanya kalau sudah mengadap makanan, terus saja telan apa yang di depan mata.

Sunnah ke mana, ilmu sains pun entah ke mana. Lupa segala, bila makanan sudah bertimbun di depan mata, terutama bila perut sudah berkeroncong.

Berikut beberapa petua yang diturunkan oleh kawan saya yang juga seorang doktor.

Petua 1: Minum air dan buah-buahan 15 minit sebelum makanan berat.

Makan buah 15 minit sebelum makan nasi.
Selepas makan nasi pula, minum sedikit air saja, cukup untuk menghadamkan makanan. Jika minum terlalu banyak air, enzim penghadamana tidak dapat melakukan kerjanya dengan berkesan.

Petua 2: Asingkan makanan laut dan darat.

Ini Sunnah Nabi, makan hasil laut dengan hasil laut juga. Hasil darat buat hidangan lain.

Kunyah 40 kali sebelum telan.

Makan bawang untuk kurangkan kesan karbon pada makanan bakar.

Ratio 9 : 1 untuk sayur, salad : roti, nasi.

Ratio 2 : 8 untuk makanan asidik : alkali.

Petua 3: Minum air panas selepas makan

Orang Arab, Pakistan, China dan Jepun minum teh panas (dicampur pudina) selepas makan, bukan air berais yang sejuk.

Minum air hanya semasa perut kosong. 15 minit sebelum makan.

Jangan minum air sejuk/ais selepas makan. Air sejuk akan membekukan makanan berunsur minyak dan lemak, lantas memperlahankan proses pernghadaman. Makanan yang berkeladak itu mangambil masa lebih lama untuk dipecahkan, perut perlu lebih banyak asid hidroklorid. Apabila diserap oleh usus kecil atau mungkin hanya membentuk lapisan lemak sepanjang usus kecil.

Petua 4: Jus buah yang dikisar mesti diminum dalam 30 minit selepas dikisar.

Selepas lebih 30 minit, buah itu akan teroksida dan sudah bertukar menjadi asidik.





Petua 5: Kurangkan makanan tinggi-lemak, diproses.

Makanan berminyak, makanan diproses, makanan diawet.

Contoh - French fries, hotdog, burger.

Begitu juga dengan minuman. Ambil susu segar kambing sebaik-baiknya. Bukan susu formula atau sus lembu. Soya pula, bagus untuk perempuan, tetapi kurangkan untuk lelaki kerana ia menggalakkan pengeluaran estrogen.

Petua 6: Sebelum tidur, minum segelas air suam.

Minum air suam sebelum tidur untuk mengelakkan darah membeku (blood clotting). Air suam juga bagus untuk membersihkan toksin dalam badan, yang kemudiannya dikeluarkan melalui kencing.

Minuman masam dicampur bawang dan cili juga bagus untuk membersihkan toksin. Begitu juga dengan "laban/lassi" (yogurt masam) atau air lemon patut diminum selepas makan makanan yang berlemak tinggi.

Petua 7: Ubah cara memasak makanan.

Pilih daging lembu atau kambing yang makan rumput.

Untuk menggoreng, guna minyak kelapa atau kelapa sawit. Jangan ulang goreng dengan minyak yang sama selepas 3 kali guna.

Minyak zaitun, canola, jagung gunakan untuk buat salad dressing.

Banyakkan bakar, rebus dan kukus. Kurangkan goreng terutama goreng penuh.


Petua 8: Kurangkan berat badan.

Nasihat dari kawan doktor saya, resipi berikut untuk mengurangkan berat badan pada usia menjangkau setengah abad tahun ini.

1) Puasa 2 kali seminggu, dont miss Sahur.

2) Very very minimal Sugar; Carbohidrat. (Nasi/ roti/ mee / kuetiow). Replace with hi fibre, brown, whole meal.

3) It's ok to ratah 3-4 Ikan kembung + Sayoq every meal.

4) Chew 40X before swallow your food.

5) 15 min prior to meal, take 'slice' of fruit; plenty plain water.

6) Regular Exersice 2 hrs/week. Split to 2-3 days.

7) Dont eat alone, share table with others.

8) Early to bed, early to rise. Perform tahajjud with long ayat. 100-200 sentences in 2 or 4 rokaat solah.

9) Dont sleep before Dhuha, do something. Berpagi-pagi.

10) Dont cook tasty/delicious food. Simple one like Chinese, Japan; Korean food.

11) Burn excess fat by taking hi metabolism induce food eg Onion , Pepper , Halia , Ulam.


No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.