Labels

Tuesday, July 11, 2017

Apa itu pemikiran negatif?



Cuba perhatikan apa yang kita cakapkan hari-hari, adakah tanda-tanda bermula dari pemikiran negatif?
* Disebabkan dialah, disebabkan tempat inilah, disebabkan merekalah, saya jadi begini.
* Saya buat bisnes kecil-kecilan saja.
* Tunggu simpanan saya cukup, baru kita boleh melancong dan membeli belah.
* Selagi awak tak capai pendapatan lima angka, jangan datang ke sini.
* Bos saya sangat garang, mungkin dia tidak sukakan saya dan saya akan dibuang kerja sedikit masa lagi.
* Hati-hati berjalan di kawasan itu, saya dengar ada banyak kes bunuh terjadi di situ.
* Saya takut kerugian.






Mengenalpasti fikiran negatif adalah langkah pertama untuk menjauhinya. Berikut adalah jenis-jenis pemikiran negatif yang biasa didengar. Banyak "overlap" di antara jenis-jenis ini tetapi memberi nama yang spesifik memudahkan kita mengingatinya. Jika anda membaca tentang terapi kognitif, mungkin anda bertemu dengan "distorted thinking" yang membawa maksud yang sama.

Empat jenis utama:

1. Pemikiran Semua-atau-Tiada. Hanya nampak dua kategori saja hitam atau putih. Setiap perkara mesti buat semua perkara dengan sempurna kerana jika tidak sempurna, ia adalah satu kegagalan.

Contoh: Jika saya tidak dapat masuk kelas yang terbaik, bermakna saya seorang yang tidak berguna.

2. Pemikiran berasaskan emosi. Setiap perkara dilihat negatif hanya kerana anda tidak merasa bagus. Jika saya rasa begini, maknanya ia betul.

Contoh: Bermain bolasepak itu tidak bagus sebab saya rasa tidak gembira.

3. Menyalahkan atau mengkritik diri sendiri. Tidak dapat memaafkan diri sendiri atas apa juga kesilapan.

Contoh: Saya rasa saya tidak bagus. Saya banyak kekurangan. Saya tidak cukup pintar. Saya tidak pandai bercakap. Kalau orang tahu saya yang sebenar, tentu mereka tidak sukakan saya.

4. Membesar-besarkan perkara kecil atau meremehkan perkara besar.

Contoh:
Dalam membesar-besarkan perkara kecil, jika sesuatu perkara akan berlaku, peristiwa itu pastilah satu malapetaka yang paling dahsyat.

Dalam mengecilkan perkara besar, anda mengandaikan seolah-olah perkara yang penting pada orang lain itu, hanyalah kecil saja.





Jenis-jenis pemikiran negatif yang lain 

1. Membaca minda orang lain. Mudah membuat andaian disebabkan oleh satu kejadian atau kesilapan.

Contoh: Saya tahu mereka tidak sukakan saya, melalui cara mereka melayan saya.

2. Kenyataan dengan "sepatutnya".

Contoh: Orang lain sepatutnya berlaku adil pada saya. Kalau saya seorang yang baik, mereka juga sepatutnya begitu.

3. Perlu dipersetujui terlalu tinggi.

Contoh: Saya hanya bahagia kalau semua orang sukakan saya.
Kalau ada orang yang marah, mungkin sebab salah saya.

4. Menolak kewujudan "sekarang".

Contoh: Saya akan berehat kemudian. Sekarang saya perlu siapkan kerja ini.

5. Membiarkan diri menderita. Tidak dapat memikirkan masa depan kerana sibuk melayan kesusahan diri.

Contoh:
Kalau saya terus mengadu yang saya tidak bahagia, mungkin saya akan rasa lebih baik.
Kalau saya terus risaukan diri sendiri, mungkin saya akan rasa lebih baik.

6. Pesimistik. Melihat semua orang dan perkara dari kacamata negatif. Sering mencari salah dan silap. Suka memandang setiap perkara atau perbuatan dari sudut keburukan. Mudah membayangkan kerugian dari kejayaan.

Contoh:
Hidup ini satu perjuangan. Saya tidak rasa hidup ini untuk bahagia. Saya tidak percaya orang yang bahagia. Kalau perkara baik berlaku kepada saya, pasti saya kena bayar dengan perkara buruk.


Sumber:

Sumber terjemahan

Mana lebih mudah fikir positif atau negatif?

Negative thinking patterns

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.