Labels

Saturday, July 22, 2017

Kisah pengakhiran dua beradik

Kisah yang sangat menyayat hati. 
Siapa juga pun mendengarnya tentu terpalit rasa sayu yang amat sangat.

Kejadian yang mengejutkan.
Rumah mereka terbakar, bermula api dari ruang tamu bawah kabarnya. Mungkin juga disebabkan rumah itu yang sudah dihuni selama lebih 40 tahun itu, sudah uzur "wiring" nya.


Kakak (cikgu Rohani) 89 tahun, dan adik OKUnya (Luqman), 73 tahun, tidur di tingkat bawah. Kakak sudah berkerusi roda, ditemui di bilik air atas. Tak tahu macam mana dia berusaha sampai ke atas. Adiknya ditemui di tingkat dapur, mungkin cuba membuka tingkap untuk keluar. Namun mereka tidak terbakar, kematian mungkin disebabkan terhidu asap yang banyak dan lama.

Seorang cucu, 24 tahun, tidur di tingkat atas. Dia sempat menyelamatkan diri dengan terjun melalui tingkap atas. Dia mahu masuk ke dalam rumah tapi telah ditahan oleh jiran yang membantu.

Kata jiran-jiran, mereka dua beradik selalu ke masjid berdekatan. Si adik akan tunggu kakaknya setiap kali lepas solat untuk pulang bersama. Adik lelaki yang OKU (mental) itu selalu membantu kerja-kerja di masjid itu seperti membungkus makanan, malah menyapu sampah di sekeliling kawasan masjid.

Cikgu Rohani sangat risaukan siapalah yang bakal menjaga adiknya itu setelah dia pergi, sama seperti apa yang dirasakan oleh kita yang mempunyai saudara/anak OKU.

Namun janji Allah itu sudah termaktub rupanya. Allah panggil mereka bersama-sama. Subhanallah!

Semoga roh mereka ditempatkan bersama para solihin.
Aamiin.



No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.