Labels

Saturday, May 1, 2010

Apa itu GDD?

Saya telah mendengar seorang juruterapi menyebut tentang Global Developmental Delay (GDD) kerana istilah itu bertepatan dengan keadaan yang dialami oleh anak saya. Jadi saya cuba mendapatkan maklumat lanjut tentang GDD ini di internet. Artikel di bawah ini adalah terjemahan laman web berikut http://www.trailscenter.com/gdd.htm.

Seorang kanak-kanak yang lambat berkembang adalah seorang kanak-kanak yang tidak mencapai tahap perkembangan yang sepatutnya berdasarkan umurnya. Ada kanak-kanak yang lambat berkembang sejak lahir lagi. Kanak-kanak begini akan mengalami lambat berjalan, bercakap dan lain-lain kemahiran motor. Kes begini dipanggil "cerebral palsy", tetapi terlalu kecil bilangannya.

Sebab-sebab GDD

Ada pelbagai sebab terjadinya perkembangan yang lambat ini. Amat payah untuk mengenal pasti sebab-sebabnya, kebiasaannya dari kecederaan otak yang disebabkan oleh jangkitan. Selain itu, doktor atau pakar kanak-kanak perlu mendengar penerangan dari ibubapa tentang tahap perkembangan anaknya untuk memastikan samada kanak-kanak itu dalam lingkungan perkembangan yang normal atau tidak.

Kesan GDD

Ibubapa pasti memikirkan apakah kesan perkembangan yang lambat ini terhadap masa depan anaknya. Setengah kanak-kanak yang bermasalah kecil, boleh diatasi apabila dia meningkat dewasa. Ada pula yang kekal lambat hingga dewasa. Masalah biasanya bermula dengan sistem motornya, kemudian masalah untuk berjalan. Masalah selanjutnya pula berkait rapat dengan pertuturan dan bahasa sehingga membawa kepada masalah pembelajaran. Selain itu, masalah juga mungkin berlaku dari segi pergaulan sosial, contohnya pendengaran, penglihatan, tingkahlaku dan sawan. Perkara ini hanya ibubapalah yang paling dekat untuk memerhatikannya, dan mencari kelebihan anak itu untuk membangunkan potensi dirinya.

Pencapaian paling tinggi bagi kanak-kanak yang lambat berkembang ini biasanya amat berbeza dengan kanak-kanak biasa. jadi, adalah tidak wajar meletakkan harapan yang tinggi untuk kanak-kanak ini seperti kanak-kanak biasa.

Mengurus GDD

Tidak ada satu rawatan atau ubat yang boleh membetulkan GDD. Kanak-kanak begini memerlukan seorang penjaga ("caregiver") dalam setiap aspek kehidupan seharian sepanjang hayatnya.

Yang paling penting, setiap ibubapa kepada kanak-kanak begini haruslah menyediakan persekitaran yang memberangsangkan dan penuh kasih sayang. Tugas ibubapa ialah membantu anaknya untuk meningkat pencapaiannya.

1 comment:

  1. Terima kasih atas info yg sangat berguna...saya juga mempunyai seorang anak yang menghidap GDD...memang segala perbuatan dan pergerakannya terbatas tapi dari segi IQ pula alhamdulillah Umar cepat menerima..dan dulu doktor pernah menjangkakan bahawa umar akan lumpuh, pekak dan buta...tapi ternyata ALLAH yang menentukan segala2nya

    ReplyDelete

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.