Labels

Thursday, March 23, 2017

Tanda awal kanser

Tanda-Tanda Awal Kanser

1. Kanser Pangkal Rahim - Sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

2. Kanser Payudara - Bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

3. Kanser Usus Besar - Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

4. Kanser Paru-Paru - Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

Friday, March 17, 2017

Jenis kurang upaya mental

Got this info from another group which is useful to assess our special child.

��������������

Fakta Jumaat: Apa itu Kurang Upaya Intelektual, Autisme, ADHD dan Disleksia?

"Neurodevelopmental disorders" adalah diagnosis masalah perkembangan yang selalunya diberikan kepada kanak-kanak, seawal 3 tahun. Diagnosis di bawah kategori ini adalah Kurang Upaya Intelektual, Autisme, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (Masalah "hyper") dan Disleksia.

Adalah penting untuk menyedari bahawa walaupun kesemuanya adalah di bawah kategori yang sama, setiap diagnosis ini adalah berlainan dari segi simptom (kriteria).

Berikut adalah informasi tentang setiap diagnosis.

KURANG UPAYA INTELEKTUAL: individu yang diberikan diagnosis ini mempunyai IQ (tahap intelek/kepandaian) yang lemah, dan mempunyai kelemahan yang ketara dari segi perkembangan seperti mempunyai masalah pertuturan, masalah pergaulan, masalah penjagaan diri dan tidak boleh berinteraksi di komuniti tanpa pantauan daripada penjaga (e.g. ibu, bapa, makcik, dll). Kebolehan untuk berfikir dan untuk membuat keputusan akan terganggu kerana pemikiran adalah tidak sesuai dengan umur.

AUTISME: Individu yang diberikan diagnosis ini mesti mempunyai masalah dalam 3 aspek iaitu dari segi pertuturan (speech delay), masalah pergaulan (Tidak berminat untuk bergaul atau bersosial) serta mempunyai tingkahlaku stereotipikal (e.g. tingkahlaku terhad dan berulang yang mungkin dianggap aneh oleh masyarakat dan obsesi terhadap sesuatu benda/isu). Ada segelintir individu yang mempunyai autisme mempunyai KEPANDAIAN DALAM SATU BIDANG (gifted/savant), tapi ini adalah SANGAT JARANG. Kebolehan untuk berfikir dan untuk membuat keputusan akan terganggu kerana cara mereka berfikir dan memahami dunia adalah lain daripada golongan biasa.

ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER /MASALAH HYPER (ADHD). Pertama sekali, Individu yang diberikan diagnosis ini mempunyai masalah dari segi tumpuan, fokus dan tumpuan. Amat sukar untuk mereka memberi tumpuan kepada persekitaran atau aktiviti, walaupun aktiviti tersebut adalah sesuatu yang amat diminati. Yang kedua, tumpuan mereka senang terganggu. Mereka juga adalah impulsif, maksudnya bila mereka nak buat sesuatu, susah untuk mereka untuk menahan diri daripada terus melakukannya. Yang terakhir sekali, mereka adalah "hyperactive" atau sukar untuk duduk diam. Kebolehan untuk berfikir dan membuat keputusan mungkin terganggu jika simptom tidak dikawal dengan terapi atau ubat daripada psikiatrist.

DISLEKSIA: Diagnosis ini diberi kepada individu yang mempunyai masalah dari segi akademik, khususnya masalah membaca dan menulis. Walau bagaimanapun, IQ (pemikiran/kepandaian) mereka adalah di tahap normal dan mungkin lebih baik daripada rakan sebaya. Oleh itu, kebolehan untuk berfikir dan membuat keputusan adalah sama seperti orang yang "normal".

Perlu diingatkan bahawa tahap teruknya setiap simptom dalam setiap diagnosis adalah berbeza kerana setiap individu adalah berbeza. Oleh itu, adalah amat penting untuk mendapatkan penilaian psikologi yang komprehensif daripada Ahli Psikologi Klinikal untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.

Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda dan kawan-kawan anda. Tolong sebarkan maklumat ini supaya kita sama-sama dapat memahami dengan lebih lanjut tentang isu ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ahli Psikologi Klinikal yang terdekat atau PM kami di Mental Health & You. :)

#MentalHealthAndYou #MalaysiaMentalHealth #MentalHealthAwarenes