Labels

Thursday, April 12, 2018

KurniaNya anak istimewa

Tanyalah ustaz@tv9 12/04/18
Topik: Anak istimewa
Oleh: Ustaz Mohamad Zarifi

Kisah OKU di dalam al Quran.

Surah abasa ayat 1 hingga 12.
Sahabat cacat penglihatan.
Suka bacaan Quran. Suka pada ilmu.
Nabi sedang layan beberapa pembesar Quraisy, mengajak kepada Islam.
Sahabat ini datang. Minta nasihat, sedangkan dia tak nampak Nabi sedang layan orang lain.
Muka Nabi jadi masam sedikit.
Ditegur Allah dalam ayat ini.
Selepas turun ayat ini, Nabi beri keutamaan kepada OKU. 
Beri layanan lebih dari orang biasa.


*******
Terima anak istimewa.
Banyakkan syukur pada Allah.
Ladang pahala, tiket ke syurga. Gunakan sebaiknya, laluan kita ke syurga.

******

Bolehkah gugurkan kandungan jika sudah tahu ia istimewa?
Allah anugerahkan anak istimewa kpd ibubapa terpilih. Allah menguji mengikut apa yang kita mampu.
Bertambah rezeki, keluarga jadi lebih rapat, bersatu hati bantu anak ini.
Suami jgn biarkan isteri uruskan sendirian anak istimewa mereka.

******
Ibubapa malu nak hantar ke sekolah/pusat?

Tukarkan malu kepada bangga.
Kemudahan untuk OKU dah banyak.
Tanggungjawab memberi pendidikan, ditempat yang ada kepakaran. Mereka terlatih untuk mengajar OKU.
Kita juga dapat berjumpa ibubapa/penjaga lain dan bertukar fikiran.
Bila tengok ada anak lain yang lebih teruk dari anak kita, datang rasa syukur.
Hilang stres.

******
Apa reaksi kita terhadap ibubapa yang lepas tangan terhadap anak istimewanya?

Di akhirat akan ditanya.
Anugerah dari Allah, tempat cari pahala. Untuk semua yang berada di sekelilingnya. Tak perlu pergi jauh.
Sahabat tanya Nabi, kami tak ada banyak harta nak bersedekah. Tak dapat pahala bersedekah.
Nabi kata...nak dapat pahala sedekah ada banyak pintu2nya.
Cegah kemungkaran,
Buang duri di jalanan,
Memimpin tangan orang buta,
Memberi faham agama kepada yang pekak dan bisu.

*****

Selain ibubapa, adakah adik beradik dapat pahala menjaga adik OKU?

Tahniah kerana melayan anak OKU sebaik mungkin. Kalau 24 jam melayannya lagi banyak pahala yang dikumpul.
Kalau kita nampak keluarga yang layan anak OKUnya, gembirakan mereka dgn ucapkan tahniah. Atau mungkin bantu belikan peralatan OKU. Tunjukkan sokongan kita.

******
Adakah anak syurga tidak dicatat dosa/pahalanya?

Bergantung kpd jenis OKUnya.
Jika cacat akal, tentulah syurga.
Jika cacat anggota, ada cara tertentu utk solat dsb. Ikut kemampuannya.
Bawa ke masjid, untuk anak istimewa merasai suasana masjid.

*****
Apa nak jawab kepada anak2 lain ttg adik istimewa?

Beritahu seawal usia.
Perlu bantu dia kemudian hari.

*****
Bagaimana meneruskan hidup mencari rezeki, kalau OKU?

Ketidakupayaan tidak menghalang mereka utk khidmat kpd keluarga. Ada caranya.
Perlu menyantuni dan menyokong anak2 istimewa, terutama ahli keluarga terdekat.

****

Adakah anak istimewa dapat beri syafaat utk ibubapanya?

Hadis Nabi..3 org anak meninggal sebelum baligh, syurga balasannya.
2 orang? Syurga juga.
Khidmat, menyantuni, berkorban utk mereka...dibalas syurga.
Semampu mungkin, jadikan mereka, anak2 yang soleh yg berdoa utk kita bila kita sudah tiada.

################

Kupasan drpd program Tanyalah Ustaz di TV9 bertajuk Anak Istimewa.

Penceramah: Ustaz Muhamad Zarifi Mohd Daud

Kelebihan & hikmah mempunyai serta menyantuni anak istimewa:
1. Perlu ingat, Allah sudi bg anak istimewa pd kita. Ada pasangan berthn2 kawin tp tiada anak.
2. Sentiasa bersyukur & gembira kerana dikurniakan anak istimewa.
3.. Ladang pahala. Tak perlu pergi jauh utk dptkan pahala sbb ada d dpn mata.
4. Tiket utk ibu bapa ke syurga jika melayan & menyantuni anak istimewa.
5. Perlu beri pendidikan agama sbaik2nya kpd mrk.
6. Allah anugerahkan  anak istimewa kpd ibu bapa yg istimewa sbb Allah tahu kita blh & mampu tanggung semua itu.
7. Allah pilih ibu bapa utk dikurniakan anak istimewa.
8. Anak itu rezeki & hadiah utk ibu bapa berkenaan.
9. Satu hati di kalangan ahli keluarga.  Kukuhkan institusi keluarga krn pasti ramai yg akan bantu anak itu.
10. Suami usah lari drp tanggung jwb didik anak itu & tidak diserahkan kpd isteri shj .
11. Jgn malu & sepatutnya bangga dikurniakan anak istimewa .
12. Tampil utk daftar anak ke jkm utk masuk ke institusi spt PDK & sekolah khas.
13. Blh bantu ibu bapa bergaul & berkongsi pengalaman jika anak2 dihantar ke sekolah khas atau PDK.
14.  Jika santuni & beri khidmat kpd anak istimewa,  peluang rebut pahala secara berterusan.
15. Komuniti juga wajar menggembirakan anak istimewa.  Hulurkan bantuan jika jumpa d mana2.
16. Beri sumbangan utk keperluan anak2 istimewa.
17. Jgn malu bawa anak2 istimewa ke masjid, surau & madrasah.
18. Komuniti perlu layan & santuni anak istimewa dgn baik.
19. Kewajipan kpd setiap adik beradik utk jaga dgn baik anak istimewa itu.
20. Komuniti perlu iktiraf pencapaian & kejayaan insan istimewa .
21. Sokongan moral yg tinggi perlu dtg drpd ahli keluarga terlbh dahulu utk anak2 istimewa.

TERUSKAN  MENYANTUNI & MENYAYANGI ANAK ISTIMEWA.

HRA-12/4/18.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.