Labels

Sunday, November 25, 2018

Terapi berjinjit

Alhamdulillah.... Dapet ilmu baru...

Tadi p Rusdi,70 tahun, warga Bintaro Permai naik mobil saya dan bercerita dia mengalami kelumpuhan akibat stroke selama 10 tahun dan sebelumnya juga menderita serangan jantung.
Sekarang beliau dalam keadaan sehat dan mampu berlari hanya dg terapi sederhana yg didapat dari seorang terapis di Solo. Terapinya hanyalah *"berjinjit"* ....

Tuesday, October 23, 2018

Luahan ayah ibu

KopiPes dari WAG


Enjoy the company of your children. Very touching message. 

A beautiful post ..........from one mother to another mother

There were days when My home used to be filled with laughter, arguments, fights, jokes and loads of mischief.
Pens and books all over, and clothes messing the rooms, thrown on the beds.
I used to shout at them to tidy up their mess.


Thursday, June 28, 2018

Jus kempiskan perut

MINUMAN 4 JENIS JUST DETOX, BUAT KALAU RASA BERSALAH MAKAN BANYAK MASA BERAYA!


Rasa susah nak membongkokkan tubuh kerana perut buncit? Diet dah buat, jogging pun sudah, ak pergi gim selalu memang tak sempat la kan? Nak ambil pil ‘supplement’, mahal la pula.
Jangan risau! Anda masih boleh mengempiskan perut buncit dengan empat resipi ramuan minuman ini. Ia bukan sahaja penuh khasiat, malah menjadikan anda lebih sihat dan bertenaga!
Apa yang perlu anda lakukan, amalkan mengambil minuman ini sebelum tidur membantu mengempiskan perut buncit.

Sunday, June 3, 2018

Tip untuk ibu berpantang

KESILAPAN SEMASA BERPANTANG  PUNCA TIDAK DAPAT HASIL YANG DIIGINKAN

1. Tak ada perancangan.

perancangan perlu agar anda mampu menguruskan diri dan baby dengan baik.Bantuan suami Dan Ahli keluarga sangat2 penting.

2. Malas berbengkung atau culas2.

Berbengkung bukan saja untuk kelangsingan , malah dapat kecutkan rahim dan membantu menetapkan kedudukan rahim daripada jatuh.

Sunday, May 27, 2018

Meraikan kehidupan

Fwd frm another group:

MASALAH JANTUNG KEDUA . DICERITAKAN OLEH TUN M SENDIRI DALAM DOKTOR UMUM :'(

Saya tidak memperlahankan rentak hidup sejak bersara daripada jawatan Perdana Menteri pada 2003. Selain memberi ucapan dan ceramah di merata dunia serta menubuhkan pejabat di Yayasan Kepemimpinan Perdana di Putrajaya, saya juga kembali menunggang kuda. Saya melawat Argentina di Amerika Selatan setiap tahun dan menunggang kuda di Banjaran Andes, ada kalanya sampai lapan jam tanpa henti. Bagaimanapun, menjelang akhir 2006, iaitu selepas lawatan yang memenatkan ke Arab Saudi, Jepun dan New Zealand serta menghadiri banyak acara di Kuala Lumpur, saya mengalami serangan jantung yang ringan pada petang hari rumah terbuka Aidilfitri anak-anak saya.

Saya berada di rumah pada 6 November apabila berasa sesak dada seperti yang dialami dulu. Hasmah menelefon Datuk Dr Nasir Muda, seorang ahli kardiologi yang merupakan doktor peribadi saya dan pada awal pagi itu, saya dibawa ke IJN. Doktor terus memasukkan titisan ubat ke dalam sistem darah saya. Kemudian, selepas membuat ujian ECG doktor mengesahkan saya mengalami serangan jantung yang sederhana. Saya sembuh agak cepat dan pada hari keempat saya sudah boleh duduk di atas katil serta bersedia untuk memulakan kerja. Setiap kali saya meminta alat tulis saya, Hasmah akan menganggapnya sebagai satu petanda yang baik. Walaupun saya pulih dengan agak cepat, jelas sekali yang saya perlu menimbang kemungkinan menjalani pembedahan jantung kali kedua. Dalam kebanyakan kes, pesakit akan kekal sihat selama 10 tahun selepas pembedahan pintasan jantung, tetapi saya telah menjalaninya 18 tahun lalu. Doktor saya memberitahu yang saya perlu memutuskan secepat mungkin sama ada mahu menjalani pembedahan kedua atau tidak sebelum keadaan menjadi lebih buruk dan berbahaya untuk membuat pembedahan. Saya terpaksa memikirkan dengan mendalam keputusan saya berhubung hal itu memandangkan umur saya sudah pun melebihi 80 tahun. Pada usia itu, proses penyembuhan selepas pembedahan mungkin lebih sukar.

Sambil menimbang keputusan sama ada mahu menjalani pembedahan atau tidak, saya mula melakukan satu siri senaman yang bertujuan untuk melancarkan pusingan darah. Saya juga menggunakan treadmill dan berkayuh basikal, ada kalanya sampai 10km sehari. Hasmah berpendapat bahawa saya agak keterlaluan melakukannya. Bahkan, saya juga mengetahui kemudiannya yang beliau meminta pelatih kuda saya agar mengajar haiwan itu supaya tidak berlari terlalu laju.

Walaupun saya bersungguh-sungguh bersenam, menjelang Mei 2007 saya berasa kaki amat berat dan saya tercungap-cungap apabila menaiki tangga. Pada bulan itu juga kami menganjurkan perjumpaan penuntut kelas 1947 Kolej Perubatan di Bukit Merah, Perak. Kami menghabiskan beberapa hari bersembang sehingga lewat malam. Selesai perjumpaan itu, saya dan Hasmah terbang ke Langkawi untuk bercuti pendek.

Ketika di pulau itu, saya menderita serangan edema pulmonari (pulmonary oedema ) yang teruk. Serangan tersebut berpunca daripada pengumpulan cecair berlebihan di dalam paru-paru yang menyebabkan kesukaran bernafas. Pada hari serangan tersebut, saya berasa penat dan apabila terjaga daripada tidur yang pendek, saya mengalami sesak nafas. Saya menggunakan alat penyedut udara (inhaler), tetapi tidak berkesan. Selepas itu, segala-galanya berlaku dengan pantas - paru-paru saya dipenuhi cecair dan saya amat susah untuk bernafas. Dr Nasir memanggil ambulans, tetapi kemudian membatalkannya selepas memikirkan yang ia akan mengambil masa yang lama untuk sampai. Lalu dia memimpin saya memasuki kereta dan meluru ke hospital. Saya masih ingat yang saya mendengar beliau menyuruh saya bertahan walaupun saya sendiri berasa di antara sedar dan pengsan. Kami berselisih dengan ambulans di pertengahan jalan, tetapi Dr Nasir mengarahkan pemandu kami supaya meneruskan perjalanan kerana beliau sedar yang kami sudah kesuntukan masa. Hasmah memberitahu saya kemudian yang beliau menyangka akan kehilangan saya pada hari itu. Di dalam kereta, Hasmah duduk di depan untuk memberi ruang kepada saya dan Dr Nasir. Hasmah hanya dapat meletakkan tangannya dia atas lutut saya dalam usahanya untuk menenteramkan saya.

Di hospital, mereka memaksakan oksigen masuk ke dalam paru-paru saya dan berjaya menstabilkan keadaan saya dalam masa setengah jam. Dr Nasir menghubungi rakan-rakannya di IJN dan pakar bius, Dr Sharifah Suraya Syed Mohd Tahir terbang ke Langkawi dengan membawa semua peralatan yang tidak ada di Hospital Langkawi.    

Menjelang waktu itu, boleh dikatakan hampir semua orang Langkawi sudah mendengar apa yang terjadi dan mereka mula berkumpul di hospital. Keesokannya, sewaktu hendak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan dalam usaha untuk melepasi orang ramai yang berada di hadapan hospital, Pengarah Hospital telah menggunakan dua buah ambulans - sebuah untuk membawa saya dan sebuah lagi sebagai 'umpan'. Ambulans saya keluar ikut pintu belakang manakala ambulans 'umpan' keluar ikut pintu utama. Apabila saya sampai di lapangan terbang, beberapa orang anak kami tiba dengan penerbangan komensial. Mereka bagaimanapun terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur menaiki pesawat yang sama.

Saya diterbangkan ke Kuala Lumpur menaiki jet swasta. Membawa saya ke atas pesawat itu ternyata sukar kerana tangganya tidak boleh menampung tandu. Jadi saya terpaksa diusung dengan seorang mengampu kepala dan bahu saya manakala seorang lagi mengangkat kaki saya. Disebabkan tidak mahu badan saya membengkok maka pakar fisioterapi saya, Boey Ghod Chee merangkak di bawah badan saya untuk mengampunya sewaktu menaiki tangga pesawat. Saya memerlukan oksigen, tetapi berbahaya untuk terbang pada paras yang tinggi dengan tangki oksigen berada di dalam pesawat. Oleh itu, pesawat terpaksa terbang pada paras yang rendah sepanjang perjalanan.

Serangan itu membuatkan saya berasa lemah dan tidak sihat. Saya mula menimbangkan secara serius mengenai nasihat doktor supaya menjalani pembedahan pintasan jantung kali kedua. Pembedahan kedua nanti sudah tentulah mempunyai risiko yang lebih tinggi kerana saya sudah pun berusia 82 tahun. Sebaliknya, kalau saya enggan menjalaninya maka kemungkinan diserang sekali lagi mustahil boleh dielakkan. Akhirnya walaupun pembedahan pintasan koronari kali kedua tidak memberi apa-apa jaminan, saya memutuskan untuk mengambil risiko. Sekali lagi, latihan perubatan yang saya terima tidak membantu memberikan saya keyakinan kerana saya tahu kemungkinan berlaku kerumitan sewaktu pembedahan adalah besar.

Saya ada juga memikirkan untuk menjalani pembedahan kedua di luar negara, tetapi sekali lagi saya bimbang tindakan itu akan menyebabkan orang ramai hilang keyakinan kepada doktor kita. IJN membawa masuk seorang pakar perunding dari Klinik Mayo di Amerika Syarikat, tetapi pasukan pembedahan tetap diketuai oleh Dr Yahya dan Dr Rozali sekali lagi.

Saya dimasukkan semula ke IJN pada 2 September 2007 dan menjalani pembedahan pintasan kedua dua hari kemudian. Bukan Dr Yahya dan Dr Rozali sahaja ahli pasukan pembedahan tahun 1988 yang terbabit dalam pembedahan kedua, malah boleh dikatakan semua anggota pasukan bekenaan, termasuk jururawat dewan bedah, turut serta. Ada antara mereka telah meninggalkan IJN untuk membuka klinik sendiri, tetapi mereka semuanya kembali membantu.  

Dalam proses pemulihan selepas pembedahan, buat seketika saya meracau dan mengalami bermacam-macam mimpi aneh, antaranya menjadi anak seorang Sultan dan bekerja sebagai jurulatih kuda. Kadang-kadang saya berasa seperti berada di tempat lain, misalnya Indonesia, Thailand dan China. Saya bernafas dengan bantuan mesin pernafasan yang menghalang saya daripada menelan dan bercakap. Malah selepas tiub ditanggalkan daripada tenggorok saya, saya masih berasa seolah-olah ia berada di situ dan sukar menelan buat seketika. Disebabkan saya tidak boleh bercakap maka saya cuba berkomunikasi dengan menulis, tetapi sukar mengingati huruf yang betul. Keluarga saya memberikan sebuah papan kekunci untuk membolehkan saya menunjukkan huruf-huruf yang saya mahu, tetapi itu pun sukar bagi saya. Suatu ketika, apabila kehampaan menguasai diri, saya cuba mencabut semua tiub yang ada pada badan saya. Hasmah marah dan mengingatkan saya betapa ramai orang telah bersusah payah bekerja keras menolong saya.                  

Saya terkena jangkitan selepas dua minggu berada di ICU. Doktor-doktor yang merawat saya tahu bahawa mereka terpaksa membedah saya semula, tetapi bimbang saya tidak bersetuju. Namun, saya memberikan persetujuan dengan harapan ia akan membantu saya segera pulih dan mengakhiri penderitaan untuk cuba tidur bersama-sama segala macam tiub di leher, tangan, belakang dan dada saya.

Saya dibawa masuk semula ke dewan bedah pada 22 September. Walaupun pembedahan berjalan tanpa sebarang masalah, proses pemulihan sekali lagi sukar. Saya dilanda kemurungan dan berasa sangat tidak bermaya untuk meneruskan usaha pemulihan. Jadi, beberapa orang pelawat dibenarkan menemui saya untuk mengembalikan semangat saya. Mereka termasuklah rakan-rakan menunggang kuda; Mufti Perlis ketika itu, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan bekas doktor peribadi saya, Datuk Dr Zainal Hamid. Hasmah turut membantu. Beliau membawa salah satu gambar saya yang paling diminatinya dan sambil menunjukkannya kepada saya, Hasmah berbisik yang beliau telah membawa lelaki itu ke hospital dan beliau akan membawanya pulang semula ke rumah.

Hasmah jarang meninggalkan saya sepanjang berada di hospital. Beliau pulang ke rumah semalam sahaja pada bulan puasa untuk bersama-sama keluarga dan selebihnya beliau bermalam di hospital. Suatu hari, beliau jatuh tertiarap dari kerusinya akibat terlalu penat. Ini menyebabkan keadaan di ICU menjadi kelam-kabut, tetapi Hasmah berkeras mengatakan yang beliau tidak apa-apa dan cuma kepenatan.

Keseluruhannya saya menghabiskan masa 49 hari di IJN sebelum keluar pada 20 Oktober.Saya akui yang ada waktunya saya berasa seperti sudah di penghujung hayat. Malah, dari awal lagi saya sudah tahu apa yang menanti di hadapan. Jadi, pada hari saya dimasukkan ke IJN saya telah memberikan kepada Hasmah nombor kod beg bimbit yang mengandungi dokumen peribadi saya. Pada suatu ketika, apabila nampak tanda-tanda yang keadaan saya tidak akan pulih, Hasmah terfikir juga untuk membuka beg tersebut. Bagaimanapun apabila beliau memberitahu Mirzan mengenainya, Mirzan berkata yang masanya belum tiba dan eloklah beg itu tidak diusik.

Selepas menjalani dua pembedahan terakhir itu, saya mula memperoleh semula sebahagian besar tenaga saya. Namun, saya tetap mudah penat dan masih kekurangan berat badan. Inilah sekali dalam hidup saya apabila berat badan saya sukar hendak dinaikkan walaupun di negara kita, setiap orang cuba memaksa orang lain makan sehingga tidak boleh bangun.

Sewaktu saya menulis buku ini, tiga tahun sudah berlalu sejak pembedahan kedua. Proses pemulihan lebih perlahan daripada pembedahan pertama, tetapi berlaku secara progresif dan saya sekarang sudah cergas sepenuhnya.

Saya mula menunggang kuda semula dan menjadikannya kegiatan mingguan. Saya juga berjalan kaki apabila cuaca mengizinkan. Kalau tidak, saya akan menggunakan treadmill. Pada waktu pagi, saya melakukan senaman angkat berat. Pada Februari 2009, saya ke Argentina dan menghabiskan 10 hari menunggang kuda di padang rumput pampas pada setiap pagi dan petang.

Saya bekerja di tiga pejabat yang berlainan mulai jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang dan sering menghadiri majlis makan. Kebanyakan waktu hujung minggu saya dihabiskan di luar. Saya juga akan ke luar negara sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk memberi ceramah.

Walaupun sudah dua kali menjalani pembedahan jantung, secara amnya saya menikmati kesihatan yang baik. Ramai orang bertanya berulang kali mengenai stamina saya dan bagaimana saya kelihatan lebih muda daripada usia sebenar. Saya menjawab secara berseloroh bahawa seseorang harus memilih ibu bapanya dengan berhati-hati.

Namun, soalan yang sama terus diajukan. Ramai percaya dan menyebarkan kepada orang lain yang kononnya saya menerima suntikan di Switzerland. Seorang wanita menegur saya di sebuah pasar raya dan bertanya adakah benar saya makan ubat berharga RM5,000 sehari. Ramai juga yang pergi ke farmasi di mana saya membeli vitamin dan mereka akan membeli apa sahaja yang saya beli.

Akhirnya, saya berjanji kepada mereka yang saya akan memberitahu segala-galanya di dalam memoir ini. Soalnya, apakah yang hendak saya beritahu? Orang akan kecewa kalau saya mula bercakap mengenai penjagaan kesihatan dan kebersihan diri. Mereka mahu sesuatu yang boleh menyelesaikan segala masalah serta-merta, tetapi malangnya tidak ada cara seperti itu. Bagaimanapun, ada perkara tertentu yang boleh membantu kita kelihatan lebih muda daripada usia sebenar.

Menjalani kehidupan yang cergas adalah penting untuk semua peringkat usia, terutamanya dalam tempoh persaraan. Setakat yang terdaya, saya cuba mengekalkan rutin kerja. Saya bangun awal untuk solat Subuh. Selepas bersolat, saya bercukur, menggosok gigi dan mandi air suam. Sebelum sarapan, saya membuat beberapa minit pernafasan panjang dan senaman ringan.

Sarapan saya juga ringan sahaja dan kemudian saya memulakan hari dengan menulis. Saya berasa kehilangan kalau tidak menulis sesuatu pada awal pagi. Bagi saya, menulis membantu menggerakkan otak dan menajamkan ingatan. Saya jarang melakukan senaman berat, khususnya pada waktu pagi hari bekerja. Saya menggunakan treadmill sekali-sekala, saya tidak berjalan kaki sekerap yang saya inginkan dan saya tidak bermain golf.

Kegemaran saya adalah menunggang kuda yang saya pelajari ketika berusia 60 tahun. Ia bermula apabila saya dijemput oleh Allahyarham Presiden Pakistan, Muhammad Zia ul-Haq bagi menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan negaranya. Kami pergi ke tempat perarakan dengan kereta dan kemudian menaiki kereta kuda. Kami diiringi oleh pengawal berkuda Pathan yang berpakaian seragam tentera. Saya teruja dengan apa yang saya lihat dan mengambil keputusan untuk membeli dua ekor kuda dari Pakistan. Presiden Zia  mendapat tahu hasrat saya lalu menghadiahkan dua ekor kuda itu kepada saya. Maka saya pun mulalah belajar menunggang kuda di Kelab Menunggang dan Polo Selangor.

Perkara pertama yang saya pelajari mengenai kegiatan menunggang kuda adalah duduk tegak dan lurus di atas pelana. Ini sangat penting. Ia bertujuan untuk mengelak kita daripada sakit belakang. Saya fikir, ia turut membantu saya berdiri tegak dan tidak membongkok walaupun usia saya sudah melepasi 80 tahun. Apabila kita bongkok, kita akan nampak tua.

Saya juga mempunyai tabiat berjalan seperti orang berkawat. Kebanyakan orang yang berusia 80 tahun umumnya akan berjalan lebih perlahan. Malah, ada yang terketar-ketar dan mengheret kaki. Orang yang lebih muda biasanya suka membantu orang tua bangun, berdiri, berjalan dan memanjat anak tangga. Kadangkala, orang tua pun suka dibantu. Mereka sukakan perhatian dan sikap prihatin anak cucu mereka. Kalau kita membenarkan diri kita dibantu, ia boleh menjadi tabiat. Selagi boleh dan terdaya, eloklah kita cuba mengelak daripada dibantu. Ini membuatkan kita nampak seperti orang muda. Lagipun, ia baik bagi otot dan imbangan kita.

Saya juga cuba tidur secukupnya, iaitu enam jam pada waktu malam, dan kalau boleh, di atas katil yang sesuai. Selepas makan tengah hari, saya akan melelapkan mata selama 15 minit sambil duduk di atas kerusi yang selesa dengan menegakkan kepala. Saya membuat rutin yang sama apabila dalam perjalanan atau jika tidak ada apa-apa yang hendak dilakukan. Melelapkan mata sebentar sambil duduk amat penting. Jika kita berbaring, kita akan bangun dalam keadaan terhuyung-hayang dan tidak dapat bekerja.

Di samping kemampuan saya mencuri masa untuk melelapkan mata buat seketika, pengalaman saya sebagai seorang doktor turut membantu saya bekerja dalam tempoh waktu yang lama ketika menjadi Perdana Menteri. Selepas tidur sepanjang penerbangan, saya boleh terus bekerja. Lagipun apabila melawat negara asing, saya tidak ada masa untuk berehat. Sebaik sahaja turun kapal terbang, saya akan terus bertugas. Kalau nasib baik, bolehlah berehat sebentar sementara menunggu pagi.

Yang lebih penting, kita mesti bersenang hati kalau mahu kelihatan muda. Kegembiraan bercinta adalah yang paling nyata. Memanglah sukar untuk berasa gembira setiap masa, tetapi kalau kita bersyukur dengan apa yang kita nikmati setiap kali bangun pagi, kita akan berasa gembira. Memanglah ada masalah yang perlu diatasi dan kesedihan untuk dirasai, namun tentu ada sesuatu yang boleh membuatkan kita gembira. Bagi saya, sejak dulu dan lebih-lebih lagi sekarang, dapat bangun setiap pagi adalah anugerah paling besar.

Jadi, saya tidak ada rumusan khas untuk kelihatan lebih muda daripada usia saya. Orang yang mengharapkan saya agar memberitahu mereka nama bahan awet muda (elixir) untuk kelihatan muda yang saya guna, akan berasa hampa kerana saya tidak ada ramuan itu. Hakikatnya, ia tidak wujud pun.

Friday, May 25, 2018

Darah tinggi dan piper tumeric

01-06-18 fri
💐💐💐💐💐💐💐

Tahu tak anda bahawa ada satu produk yg terbaik dr bahan Natural utk rawat permasalahan kita yang lebih baik dari ubat dadah yg dibekalkan kpd kita oleh hospital dan farmasi....

Hebatkan ada satu produk yg ia lebih baik dari 14 ubatan kimia jenis dadah. Sehinggakan ia diklasifikasikan sebagai ubat ajaib zaman moden ini....

Jom lihat fakta medical nya yg apa ia boleh lakukan spt ubat2an kimia lain.....

1. Lipitor/Atorvastatin - utk ubatan merawat Cholesterol.
2. Corticosteroids - jenis tindakan steroid.
3. Prozac/Fluoxertine & imipramine - tindakan anti depress.
4. Aspirin - utk darah menjadi lebih cairan
5. Anti-inflammation Drug - anti keradangan
6. Oxaliplatin - sebagai Drug kpd Chemotherapy.
7. Metformin - rawatan kencing manis..

Ini ada sebahagian dr tindakan bahan tersebut yg diiktiraf dpt membantu dgn lebih berkesan dr ubatan kimia...

Menarikkan... kalau dah ada benda macam ini kenapa kita nak amalkan...

Anda nak tahu apa bahannya....???

Curcumin... dan bahan ini ada dlm Produk PIPER TUMERIC...

Jom amalkan benda ni yg dpt bantu lebih bagus dr 14 jenis dadah kimia... 😁😁😁

Nak oder PIPER TUMERIC pm nama alamat dan telefon kpd saya..

Wallahuaklam...

HNZL

[25/05, 4:08 PM] Nizal KW: Jom tgk masalah darah tinggi blh dirawat dgn Piper Tumeric....
[25/05, 4:09 PM] Nizal KW: Cara bagaimana Piper Tumeric dapat dimanafaatkan untuk darah tinggi atau hipertensi....

Banyak kajian ada menunjukkan bagaimana bahan dalam Piper Tumeric dapat membantu me-normal-kan tekanan darah anda.

1. Bahan dalam Piper Tumeric mempunyai sifat anti-hipertensi

Bahan Renin-angiotensin adalah sistem hormon yang mengawal tekanan darah. Ia melibatkan aktiviti enzim-renin dan angiotensin serta reseptor atau protein yang mengikat enzim-enzim ini. Ia juga melibatkan fungsi buah pinggang kerana buah pinggang menjejaskan jumlah darah dengan cara mem-filter-kannya dari unsur toksik dan menyesuaikan keseimbangan elektrolit dalam darah.

Penyelidikan menunjukkan bahawa curcumin dalam Piper Tumeric dapat mengurangkan hipertensi dengan mengawal aktiviti reseptor angiotensin dan dengan itu mencegah saluran darah daripada terkawal. Bukan sahaja curcumin malah pecahan minyak dalam Piper Tumeric dan turmeron juga menunjukkan aktiviti yang sama.

Kedua-dua bahan dalam Piper Tumeric iaitu curcumin (bahan bioaktif kunyit) dan piperine (bahan bioaktif lada hitam) dijumpai untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan memperbaiki kerosakan dan perubahan struktur yang berlaku di dalam saluran darah akibat tekanan darah tinggi.

Penyelidikan lain juga ada menunjukkan bahawa curcumin dan derivatifnya mempunyai sifat vasorelaxant atau keupayaan untuk melegakan saluran darah yang mengurangkan daya tahan aliran darah dan dengan itu mengurangkan hipertensi.

Bahan Piper Tumeric terbukti mempunyai aktiviti anti-hipertensi yang mengantara dengan menghalang aktiviti enzim yang dikenali sebagai angiotensin enzim penukaran. Perencatan enzim ini didapati dalam banyak kajian di mana ia untuk meredakan saluran darah.

Untuk lebih menjelaskan di sini di mana Piper Tumeric dapat mengaktifkan aktiviti anti-hipertensinya yang didapati sama seperti Captopril, ubat standard yang digunakan untuk merawat sakit darah tinggi.

So kalau anda nak amalkan ubat yang Natural maka ini adalah solusinya PIPER TUMERIC...

2. Piper Tumeric adalah agen anti-radang dan antioksidan yang sangat baik

Seorang pengkaji - Boonla telah mengkaji kesan curcumin pada sample hipertensi haiwan. Bahan Curcumin dalam Piper Tumeric didapati mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan fungsi saluran darah dengan mengurangkan tahap enzim penukar angiotensin.

Pengurangan enzim penukar angiotensin membantu dalam melegakan saluran darah dan meredakan aliran darah. Dengan cara antioksidannya, ia mengurangkan tekanan oksidatif yang disebabkan oleh hipertensi. Malahan..... derivatifnya bahan tetrahydrocurcumin menunjukkan aktiviti anti-hipertensi.

Antioksidan Curcumin dalam Piper Tumeric didapati melindungi terhadap tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh logam-logam berat yang toksik dalam tubuh badan.

Seorang lagi pengkaji – Akinyemi juga telah menunjukkan bahawa ekstrak kunyit dan halia boleh membantu mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan hipertensi dengan mengurangkan pelepasan bahan kimia keradangan di dalam badan.

Diet kunyit dan halia juga melindungi terhadap perubahan dalam aktiviti platelet. Platelet adalah sejenis sel darah yang penting dalam pembekuan darah.

3. Piper Tumeric bermanfaat untuk kesihatan jantung dan vaskular

Curcumin dalam Piper Tumeric mempunyai kesan perlindungan pada sistem kardiovaskular. Ia didapati berkesan dalam rawatan kardiotoksisiti, komplikasi kardiovaskular akibat diabetes, kegagalan jantung dan sebagainya. Dengan ini ia dapat mengurangkan tahap kolesterol dan berkesan dalam rawatan aterosklerosis yang juga akan memberi kesan kepada kesan darah tinggi.

Bahan Curcumin ditemui dalam Piper Tumeric untuk membalikkan perubahan berkaitan penuaan dalam arteri dan fungsinya. Ia menghalang kegagalan jantung yang disebabkan oleh hipertensi dan juga melindungi hati daripada ketoksikan yang disebabkan oleh ubat yang dimakan sebelum ini untuk sakit darah tinggi ini.

Disfungsi endothelial adalah keadaan di mana endotel atau lapisan saluran darah terjejas dan terdapat ketidakseimbangan antara molekul biologi yang mengatur penyempitan dan kelonggaran saluran darah. Hipertensi ini boleh berlaku akibat disfungsi endothelial maka dengan mengamalkan Piper Tumeric darah tinggi anda akan lebih terkawal.

4. Piper Tumeric boleh mengurangkan penyebab hipertensi

Hipertensi sekunder adalah tekanan darah tinggi yang berlaku akibat penyakit tertentu. Piper Tumeric boleh membantu mengurangkan penyakit yang tekanan darah tinggi yang dianggap sebagai satu gejala.

Jika anda mengamalkan Piper Tumeric maka anda akan dapat mengurangkan risiko anda kena sakit darah tinggi atau hipertensi.

http://medikcurewater.blogspot.com/2018/05/piper-tumeric-dan-darah-tinggi.html

Thursday, May 17, 2018

Ucapan di Hari Ibu 2018

Lembut wanita kerana senyumannya....
Cekal wanita kerana beraninya....
Patuh wanita kerana kesetiaannya....
Sabar wanita kerana imannya....
Kasih wanita kerana belaiannya....
Lemah wanita kerana airmatanya.....
Ikhlas wanita kerana simpatinya.....
Pendam wanita kerana cemburunya.....
Sayang wanita kerana sifat keibuannya....

Semoga wanita tetap tabah mengharungi cabaran hidup ini...
disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat kehebatan seorang wanita...    .

Selamat Hari Ibu..



,•’``’•,•’``’•,
’•, HAPPY
 ’•,,•’
   ,•’``’•,•’``’•,
   ’•,   mommies
    ’•,,•’
       ,•’``’•,•’``’•,
       ’•, DAY.   . •

        ’•,,•’


buat semua yg bergelar ibu❤

Sunday, April 29, 2018

Petua mudah penyelamat nyawa

*Everyone should share this useful information on saving lives! It's a way to do good*!

Please pass this on, as it is not only teach other people, but could save yourself too!

Ways to save a life:

1. *Choking - Just lift up your arms.*
In New Jersey, US, a 5 years old boy, cleverly saved his grandmother's life, with a very simple method, by raising the arms!
His 56 years old grandma Dilihua was at home watching TV while eating fruits. 

Thursday, April 12, 2018

KurniaNya anak istimewa

Tanyalah ustaz@tv9 12/04/18
Topik: Anak istimewa
Oleh: Ustaz Mohamad Zarifi

Kisah OKU di dalam al Quran.

Surah abasa ayat 1 hingga 12.
Sahabat cacat penglihatan.
Suka bacaan Quran. Suka pada ilmu.
Nabi sedang layan beberapa pembesar Quraisy, mengajak kepada Islam.
Sahabat ini datang. Minta nasihat, sedangkan dia tak nampak Nabi sedang layan orang lain.
Muka Nabi jadi masam sedikit.
Ditegur Allah dalam ayat ini.
Selepas turun ayat ini, Nabi beri keutamaan kepada OKU. 
Beri layanan lebih dari orang biasa.

Wednesday, April 11, 2018

Amalan yang jadi punca penyakit

*7 PUNCA CEPAT DAPAT _TIGA SERANGKAI!_*


*1 - Malas Bersenam.*

*2 - Suka Makan Lewat Malam.*

*3 - Suka Amalkan Fast Food.*

*4 - Banyak Minum Air Gas (Bekarbonat).*

*5 - Kurang Minum Air Kosong.*

*6 - Suka Makan Kulit Ayam.*

*7 - Tak Cukup Tidur.*

*Jika 7 perkara di atas menjadi kebiasaan rutin kita, berkemungkinan besar akan mempunyai risiko untuk terima _Penyakit Tiga Serangkai (darah tinggi-kencing manis-sakit jantung)_*

*Terlajak perahu boleh diundur, terlajak makan...dapat tiga serangkai....*

Rujukan:

Tuesday, April 3, 2018

Tip sihat

Habis baca tolong forward, jangan hanya disimpan
黃聰龍 【健康手冊】
*Panduan Kesihatan*
01. 常吃宵夜會得胃癌
因為胃得不到休息
Sering makan sewaktu hendak tidur boleh kena kanser lambung/ kanser perut kerana mag/ perut tidak dapat istirahat
02. 一個星期
只能吃四顆蛋
吃太多
對身體不好
Hanya boleh makan 4 biji telur per minggu, selebihnya tidak baik
03. 雞屁股
含有致癌物
不要吃比較好
Tongkeng ayam mengandung karsinogen (penyebab kanser), jangan makan tongkeng ayam
04. 飯後吃水果
是錯誤的觀念
應是飯前吃水果
Makan buah seharusnya sebelum makan, bukan selepas makan
05. 月經來時
不要喝綠茶
反正茶類的
不要喝就對了
多吃可以補血的東西
Saat haid/uzur/datang bulan jangan minum teh apalagi teh hijau, sebaiknya makan sesuatu yang boleh menambah darah
06. 喝豆漿時
不要加雞蛋及糖
也不要喝太多
Jangan terlalu banyak minum susu kacang, dan jangan pakai telur dan gula
07. 空腹時
不要吃蕃茄
最好飯後吃
Makan tomato sebaiknya selepas makan, jangan perut kosong
08. 早上醒來
先喝一杯水
預防結石
Tiap pagi bangun tidur minum 1 gelas air putih boleh cegah batu empedu
09. 睡前三小時
不要吃東西
會胖
3 jam sebelum tidur jangan makan lagi kerana akan menyebabkan gemuk
10. 少喝奶茶
因為高熱量高油脂
沒有營養價值可言
長期飲用
易罹患高血壓
糖尿病
Jangan minum teh susu atau (teh tarik / buble tea) kerana tinggi kalori tinggi lemak tidak bergizi dan boleh darah tinggi dan kencing manis
11. 剛出爐的麵包
不宜馬上食用
Jangan makan roti yang baru keluar dari oven
12. 遠離充電座
人體應遠離30公分以上
切忌放在床邊
Charger jangan dekat tempat tidur, harus berjarak 30 cm lebih
13. 每天十杯水
膀胱癌不會來
Tiap hari minum air 10 gelas boleh hindari kanser kantong kemih
14. 白天多喝水
晚上少喝水
Siang hari harus banyak minum air putih, malam hari harus sedikit minum air putih
15. 一天不要喝
兩杯以上的咖啡
喝太多易導致失眠/胃痛
Minum kopi jangan melebih 2 cawan per hari, boleh menyebabkan insomnia dan penyakit perut atau dugal
16. 多油脂的食物少吃!
因為得花5-7小時去消化
並使腦中血液集中到腸胃
易昏昏欲睡
Jangan makan makanan yang tinggi lemak kerana ia memerlukan 5~7 jam pencernaan, mengakibatkan darah terpusat pada pencernaan dan mengakibatkan ngantuk kerana otak kekurangan bekalan darah
17. 下午五點後
大餐少吃
因為五點後
身體不需那麼多能量
Setelah jam 5 petang jangan makan banyak kerana tubuh kita tidak perlukan banyak kalori
18. 十種吃了會快樂的食物:
深海魚/香蕉/葡萄柚/全麥麵包/菠菜/大蒜/南瓜/低脂牛奶/雞肉/櫻桃
10 jenis makanan sihat:
Ikan laut dalam, pisang, limau bali, roti full gandum, sayur bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, daging ayam, buah cherry
19. 睡眠不足會變笨
一天須八小時睡眠
有午睡習慣
較不會老
Kurang tidur menjadikan otak tumpul, biasakan tidur siang boleh awet muda
*******************************
熱的檸檬水
可以救你一輩子:
Air lemon panas boleh menolong anda seumur hidup
再忙也要看
然後告訴別人
把愛傳出去!
Harus baca dan sebarkan walau anda sibuk
熱檸檬…
只殺癌細胞!
Lemon panas membunuh sel kanser
切2-3薄片檸檬
放在杯子裏
加入熱水
它會變成[鹼性水]
每天飲用
對任何人都有益
2~3 irisan lemon dicelupkan dalam 1 gelas air panas, boleh menjadi air alkaline yang bermanfaat bagi tubuh, diminum tiap hari sangat bermanfaat bagi siapa saja
熱檸檬水
能釋放
一種苦澀抗癌物質
這是在醫藥領域
有效治療癌症的最新進展
Air lemon yang panas akan menghasilkan sejenis zat anti kanser yang terasa pahit, menjadi obat kanser yang ampuh dalam kedoktoran moden
冰涷檸檬水
只有維他命C
就如番茄
要煮熟才有茄紅素.
Air lemon dingin hanya mengandung vit. C.
Ibarat tomato, harus dimasak terlebih dahulu baru boleh muncul Lycopene yang bermanfaat
熱檸檬汁
對囊腫及腫瘤
產生影響
被證明
能夠補救所有類型的癌症
Air lemon panas terbukti boleh menekan  dan tumor, boleh bantu atasi segala jenis tumor
用檸檬萃取物
這種類型的治療
只會破壞惡性腫瘤細胞
它不影響健康的細胞
Lemon Extract boleh melemahkan sel kanser ganas tapi tidak merosak sel normal
另…
檸檬汁內
的檸檬酸和檸檬c多酚
能調整高血壓
有效預防
深靜脈栓塞
調整血液迴圈
減低血液凝塊
Citric Acid dan C Polifenol yang terdapat dalam juice lemon boleh menyesuaikan tekanan darah dan mencegah penyumbatan vena, menyesuaikan sirkulasi darah, mengurangi pengumpalan darah
看完
告訴別人
把愛傳出去!!!
Habis baca harus beritahu pada orang lain, sebarkan kasih sayang

Tuesday, March 27, 2018

Tip untuk kekal sihat

Jaga enam perkara ini untuk kekal sihat:


  • kawal stres dengan redho dan zikir.

  • buat health screening setiap tahun.

  • jaga perut - punca penyakit dari perut.

  • ambil supplement - minta nasihat doktor.

  • exercise - setiap hari.

  • tidur secukupnya - rehat minda dan badan.

Monday, March 19, 2018

Kenapa dilarang minum sambil berdiri

*8 Sebab Kenapa Anda Dilarang Untuk Minum Sambil Berdiri*

Menurut fakta saintifik:-

*#1 Risiko Penyakit Sendi*

Minum sambil berdiri boleh menggalakkan kemunculan arthritis atau penyakit radang otot. Minum secara berdiri secara tidak langsung akan menggangu kestabilan kandungan ceceair dalam badan seterusnya menjejaskan kawasan sekitar sendi dan akan menakung lebihan bendalir -menjadi punca kepada kesakitan sendi arthritis.

*#2 Kerosakan Buah Pinggang*

Pengambilan air secara berdiri akan terus mengalirkan air tersebut ke bahagian buah pinggang di mana, proses itu sebenarnya membuatkan air yag diminum itu tadi tidak dapat ditapis secara teratur.
Ia kemudian akan menyebabkan sisa kotoran di dalam air tadi terkumpul pada bahagian pundi atau dalam darah.

Saturday, February 24, 2018

Ubat-ubatan alami

*3 JENIS IKAN INI DAPAT MENGAKTIFKAN KETUMBUHAN FIBROID DAN MENGANDUNGI TOKSID YANG TINGGI*

Elakkan 3 jenis ikan Pari, bawal hitam dan Terubok kerana ia akan mengaktifkan ketumbuhan fibroid. Ikan-ikan ini mengandungi toksik yang tinggi..

1 -Lukemia/amenia/teleseminis. Cari daun Kemunting Cina. Jemur & keringkan. Rebus & Minum 10 gram. Sangat Mujarab InsyaAllah

2- Darah rendah @ kanser payu dara – Amalkan makan ubi kayu (bahan lemennerin dalam ubi kayu untuk mencegah kanser )

3- Kanser: Daun belalai gajah (kadar helai mengikut stage kanser) + 1 biji Epal hijau dan blend.
Kanser stage 1: ambil 50 helai
Kanser stage 2: ambil 100 helai
Kanser stage 3: ambil 150 helai
Kanser stage 4: ambil 200 helai
Blend & minum dalam jarak masa kurang dari 5 minit.

4 -Elak kanser dengan mengamalkan minum air serai. Ketuk kepala serai dan rendam dalam air panas. Minum bila sudah suam. Bagus untuk kesihatan rahim wanita.

5-Taugeh juga Ubat kanser

6-Stress. Amalkan membaca surah Al-Insyirah (Allamnashroh) setiap kali STRESS.

7-Sakit Jantung. Amalkan memakan bawang putih.

8-Anak Cerdik/Tinggi IQ – Minum Air Halia (yang diricih dan di rendam dalam air panas) setiap pagi

9-Sakit Jantung (jika ada)
1 gelas/cawan air lemon + 1 gelas madu + 1 gelas cuka epal + 1 gelas air halia + 1 gelas air bawang putih

10-Kencing Kotor (perempuan) – Lobak putih diblend dan minum.

11 -Batu karang/prostat/hernia/kencing tak lawas – cari 2 helai daun pecah tujuh. Rendam dan minum. InsyaAllah batu karang akan pecah selepas itu.

12- jika ada darah tinggi. Jangan masuk tandas 15 minit sebelum Asar & 15 minit sebelum Maghrib.

13- Ubat merawat penyakit lumpuh/stroke dan darah tinggi:
Susu Kambing Original + Surah Ya Seen, Ayat 72:
وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ
Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebab bagi lagi mereka makan.

14- Ubat darah tinggi – Makan 20 helai pucuk hempadu bumi pagi dan petang.

15- Ubat Kencing Manis – peria serta biji peria diblend dan dibuat minum.

16- Kayu Manis juga ubat kencing manis.

17- Kencing Manis : cari 4 helai daun Ceri. Rendam ramasan daun ceri bersama kaki yang rosak akibat kencing manis.

18- Kencing Manis -Biji petai belalang digoreng tanpa minyak + tumbuk dan dibuat minum.

*#..setiap penyakit ada penawarnya. Wajib kita berubat apabila sakit melainkan mati……*
semoga bermanfaat..

Wednesday, January 31, 2018

Tip kekal sihat

Dipetik dari WhatsApp.

*SEKOLAH SIHAT*
.
1. *Tidur tepat pada masa 11.00 malam hingga 4 pagi. Tidur miring ke kanan, dalam gelap pekat dan pernafasan melalui hidung.*

2. *Tiada gula. Tiada gula. Tiada gula. Gula punca banyak kerosakan organ badan dan penyakit. Ada banyak gula tersembunyi.*

*Kurangkan nasi. Hanya 10 suap sehari. Bagi yang baru bermula kurangkan jadi 25 suap sehari. Kemudian setiap bulan kurangkan tiap 5 suap.*
*Beras basmathi. Tiada tepung dan gandum.*

*Banyakkan sayur dan buah buahan.*

3. *Check dengan Doktor. Buat ujian darah. Buat ujian hormon. Tahu tahap kesihatan semasa. Ambil tindakan untuk cegah sebelum berdikit ia jadi parah.*

4. *Ambil supplement -pemakanan tambahan yang sesuai dengan keperluan badan mengikut nasihat pakar. Bukan dengar cakap jurujual.*

5. *Exercise supaya aliran darah teratur dan lancar. Buat EECP juga supaya pengaliran darah baik. Full body massage secara tradisional dua minggu sekali.*

*Dua hari dalam seminggu rehat dari exercise. Hari itu adalah Isnin  dan Khamis. Dua hari itu puasa.*

6. *Minum banyak air. Terutama pagi masa bangun pagi dan siang hari. Cuma jangan minum air 40 minit selepas makan. Minum sambil duduk.*

7. *Makan berat paling akhir 4 jam sebelum tidur. Biar makanan hadam baru tidur. Kunyah makanan sampai hadam. Masa tidur biar usus berehat.*

8. *Biasakan lidah makan benda pahit. Buat ulaman. Peria katak, daun mujonso, pucuk beko, pucuk mengkudu. Minum kopi pahit. Pahit itu nikmat. Alah bisa tegal biasa. 25 kali cuba, lidah akan jadi biasa.*

9. *Baca al Quran. Gandakan sujud. Banyak solat sunat dan taubat. Solat wajib awal waktu secara berjemaah. Ia baik bagi otak. Baca buku buku. Membaca.*

10. *Pilih team pergaulan. Kurangkan bersama "si mata lalat" - pengkritik yang memekik semua perkara tidak puas hati. Juga penjilat yang sentiasa bodek tidak bertempat.*

11. *Bersyukur. Redha dan bersabar. Mereka yang tidak tahu bersyukur tidak akan dapat bersabar di hari tua nanti. Syukur itu tapak kukuh hidup tenang.*

12. *Jimat perkataan. Usah sembang kencang. Usah dibuai perasaan.
Banyakkan berfikir dan berzikir. Utamakan masa bersama keluarga.*

13. *Tidur malam dengan selimut kaki atau pakai stokin supaya hormon bersesuaian dapat dirembeskan. Maafkan semua orang. Bersihkan kolam jiwa. Tiada dengki dan iri hati. Doa dan doa.*

Monday, January 29, 2018

Bahana media sosial

Dari kumpulan whatsapp.

* Polis: * Bagaimana anda mengetahui bahawa tidak ada seorang pun di dalam rumah?

* Perompak: * Kemas kini seluruh keluarga dengan 15 foto boleh didapati di facebook. * _ "Menikmati Cuti dari rumah selama satu minggu _". *

Fikirkanlah dengan serius.

* _B Berhati-hati dengan apa yang anda letakkan di facebook ._ *

Bincangkan ini dengan anak-anak & ward anda.

* _Stop berkongsi maklumat peribadi di media sosial !!! _ *

📛 Jangan mengiklankan kebahagiaan anda di media sosial.

📛 Jangan mengiklankan perkahwinan anda yang bahagia Di media sosial.

📛 Jangan mengiklankan cuti anda di media sosial.

📛 Jangan mengiklankan anak-anak anda
pencapaian di media sosial.

📛 Jangan mengiklankan kehamilan anda di media sosial.

📛 Jangan mengiklankan pembelian mahal anda di media sosial. (Kereta, rumah dan sebagainya).

!  Jangan mengiklankan penerbangan dari lapangan terbang (A) ke lapangan terbang (B).

!  Tidak ada yang akan gembira untuk anda.

!  Semua _ "bagus" _ komen yang anda dapatkan hanya palsu.

!  Anda hanya menarik mata jahat kepada anda, & keluarga anda.

!  Anda hanya menarik orang cemburu ke dalam hidup anda.

!  Anda tidak tahu siapa yang menyimpan gambar anda, & menyemak kemas kini anda

!  Anda benar-benar perlu menghentikan ini, kerana ia akan merosakkan hidup anda, keluarga, perkahwinan.

! Media sosial adalah mata, telinga & mulut syaitan.
Jangan jatuh ke dalam perangkap syaitan.

Semoga Tuhan membantu kita, & selamatkan kita dari bencana media sosial !!!

Saturday, January 6, 2018

Hak sebagai seorang OKU


Sudah lama saya tidak mengambil tahu tentang "Convention of Rights for People with Disabilities" atau CRPD. Secara tidak sengaja, saya telah menyertai satu taklimat berkaitan hal ini dan ia seolah-olah membuka mata saya.


Ketahuilah hak-hak anda sebagai seorang OKU.
Sebagai pemberi jagaan atau ibubapa, anda juga perlu tahu hak-hak OKU yang di bawah jagaan anda.

Siapakah OKU?


Thursday, January 4, 2018

Petua kekal sihat

Dipetik dari mesej WhatsApp.
*******

[PESANAN KITA SENTIASA SIHAT DI TAHUN 2018]

Sekedar nak mengingati kawan kawan ;

1) pergilah check kolestrol 3 bulan sekali. Kolestrol yang tidak merbahaya ialah di bawah 3.5

2) belilah alat check darah tinggi harganya hanya 100 dan baterinya harganya 5 ringgit. Boleh tiap tiap hari check di rumah sambil makan atau sambil tengok TV pun boleh. Bacaan normal dan sehat ialah 120/80. Kalau lebih dari 140 pergilah jumpa doktor segera jangan buat bodoh sombong kerana anda tidak tau apa apa sebenarnya.

3) **

4) jangan sekali kali lengahkan jumpa doktor jika rasa sakit kepala melampau atau pening melampau kerana umur kita sudah USIA SAKIT yakni 40 tahun ke atas. Dan kita tidak tahu apa apa pasal sebab sebab sakit kepala. Minyak cap kapak bukan ubat saluran darah tersumbat.

5) berhentilah minum teh tarik atau kopi  susu isian pekat manis kerana ianya bukan susu malah ianya adalah pekatan kelapa sawit yang diperkaya dengan gula dan di diwarna putih.

6) sebenarnya kita, awak dan kawan kawan semua tak tahu apa satu pasal penyakit. Hanya cakap pandai dan besar saja. Hakikatnya seringlah jumpa doktor.
Jangan takut jumpa doktor kerana doktor bukan hantu atau rimau.

7) lebih baik kita tau dari awal penyakit kita agar kita boleh berusaha mengubati dari dok kecek sedak padahal kita tak tahu gapa satu.

8) jawatan tinggi dan kedudukan kewangan yang banyak bukan ukuran bahawa kita tahu akan penyakit kita.

9) Cari masa utk bersenaman semampu anda mengikut usia dan kemampuan masing2. Jalan kaki pun boleh, apa susah.

BERINGATLAH.
Pesanan ikhlas untuk sahabat sahabat demi menjaga kesihatan.