Labels

Sunday, June 3, 2018

Tip untuk ibu berpantang

KESILAPAN SEMASA BERPANTANG  PUNCA TIDAK DAPAT HASIL YANG DIIGINKAN

1. Tak ada perancangan.

perancangan perlu agar anda mampu menguruskan diri dan baby dengan baik.Bantuan suami Dan Ahli keluarga sangat2 penting.

2. Malas berbengkung atau culas2.

Berbengkung bukan saja untuk kelangsingan , malah dapat kecutkan rahim dan membantu menetapkan kedudukan rahim daripada jatuh.


3. Tak pakai stokin

Berstokin Bertujuan untuk mengelakan badan masuk angin dan urat tersimpul.

4. Tidak Berurut Dan Bertungku

Sewaktu berpantang memang akan sakit badan , ada beberapa amalan wajib
Antaranya ialah berurut dan bertungku untuk memulihkan kesihatan dalaman dan luaran

5. Tidak pantang makan

Pengambilan makanan yang sejuk2. MALAH ADA YANG MINUM AIR SEJUK...AIS.

6. Kurang minum air

Ibu2 yang kekurangan air boleh menyebabkan ibu akan terhidrat dan boleh menyebabkan ibu sembelit Dan luka jahitan lambat sembuh

7. Sibuk nak buat Kerja Rumah

Memang ada yang jenis ibu2 yang sakit mata tengok keadaan rumah tak terurus. Sibuk nak kemas walaupun dah tahu badan belum sihat

8. Keluar Rumah Sesuka Hati

Tidak salah jika keluar ke klinik atau hospital..yang salah kalau pergi shopping mall... bahaya jika keluar dalam keadaan belum habis berpantang... baby boleh terkena jangkitan...ibu pula badan mudah demam dan rahim belum kuat.

9. Mandi

Untuk memberi keselesaan mandi lah dgn rebusan herba dan air suam   kebersihan amat penting untuk mengelakan jangkitan pada luka jahitan.

10. Jamu dan ubat barut

Tiada langsung pengambilan jamu2 dan kelengkapan herba bagi membantu proses mempercepatkan kesihatan ibu dan kecantikan

Ingat ibu2... Menjaga pantang bermula dari diri sendiri bagi memulihkan kesihatan Dan kecantikan diri setelah 9 Bulan badan kita rosak akibat proses membawa zuriat suami untuk menyerikan lagi Rumah tangga kita.


Kredit : SuzyHoneyHerbs

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.