Labels

Saturday, January 6, 2018

Hak sebagai seorang OKU


Sudah lama saya tidak mengambil tahu tentang "Convention of Rights for People with Disabilities" atau CRPD. Secara tidak sengaja, saya telah menyertai satu taklimat berkaitan hal ini dan ia seolah-olah membuka mata saya.


Ketahuilah hak-hak anda sebagai seorang OKU.
Sebagai pemberi jagaan atau ibubapa, anda juga perlu tahu hak-hak OKU yang di bawah jagaan anda.

Siapakah OKU?




Antara dilemma sebagai seorang OKU masa ini:

Masyarakat menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kepada SUHAKAM, termasuklah isu pendaftaran OKU, sistem pendidikan, kemudahan-kemudahan di tempat awam, sistem pengangkutan awam, peluang pekerjaan dan kesihatan. Cabaran utama adalah hak-hak kanak-kanak OKU diketepikan, yang boleh diterjemahkan sebagai tiada hak sama rata untuk kemudahan, perkhidmatan dan peluang seperti kanak-kanak lain.

- dipetik dari artikel NST


Bidang mana SUHAKAM terbabit?


Kita sudah ada AKTA OKU (2008), tetapi perlaksanaan dan penguatkuasaan amatlah minima. Jarang diketengahkan isu OKU kerana mereka dipandang sepi oleh masyarakat. Kerana mereka tidak menjana keuntungan yang diharapkan.

Dalam CPRD ini, Malaysia masih mempunyai "reservation" terhadap dua bahagian dalam CPRD ini, iaitu:
1. Article 15 (freedom of torture or cruel, inhuman or degrading treatment or punishment) dan,
2. Article 18 (liberty of movement and nationality).
Nota: It also does not sign the Optional Protocol which allows individual and groups complaint to the CRPD Committee for any breach occurred.

Rujuk di sini


Tertarik dengan kenyataan ini yang saya petik dari Akta OKU.
Mampukah kerajaan hari ini melakukannya?
Berapa peratuskah yang sudah terlaksana?

Perlindungan sepanjang hayat dan sistem sokongan sosial

"38. (1) Kerajaan hendaklah menyediakan perlindungan sepanjang
hayat dan sistem sokongan sosial yang perlu termasuk memastikan
bahawa kebajikan orang dengan ketidakupayaan teruk tetap tidak
terjejas selepas kematian ibu atau bapanya atau pemberi jagaannya
bagi membolehkan orang dengan ketidakupayaan teruk itu menjalani
kehidupan yang lebih berkualiti."

Secara peribadi, antara isu yang amat perlukan pantauan apatah lagi penguatkuasaan  adalah mendapatkan:
* pendidikan untuk anak-anak OKU (bagi yang berumur 3 ke 17 tahun) - aliran persekolahannya,
* penjagaan untuk OKU remaja dan dewasa - aliran persekolahan hingga ke dunia pekerjaan,
* mendapatkan perkhidmatan kesihatan - fizikal dan mental,
* mendapatkan perlindungan kehidupan sewajarnya,
* mendapatkan perkhidmatan sosial - bergaul, bermasyarakat dan menyertai kumpulan sokongan.

Apa yang mahu saya sampaikan adalah OKU sudah terabai terlalu lama.
Dalam keadaan mereka yang sudah menderita sakit, bukan dikecam atau diasingkan dari kehidupan kita. Mereka harus dibantu untuk meneruskan kehidupan. Cubalah kita buat kira-kira:

Berapa ramai anak OKU yang didera oleh ibubapa dan penjaganya?
Berapa ramai anak OKU yang mati ketika dalam jagaan ibubapa dan penjaganya?
Berapa ramai yang tertekan masa bekerja dan mati sendirian dipercayai membunuh diri?
Berapa ramai anak gadis OKU yang telah dirogol hingga melahirkan?
Berapa banyak kes amuk hingga membunuh orang-orang yang tersayang?
Berapa ramai yang tidak diambil bekerja semula kerana dikategorikan sebagai "berisiko" selepas menjadi OKU?

Aduh...amat malang sekali nasib mereka.
Bukan salah mereka!
Mereka tidak minta takdirnya begitu.
Bukankah mereka itu menjadi ujian untuk kita?
Bagaimana kita menjawab nanti di hadapan Allah?


No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.