Labels

Tuesday, February 16, 2016

Minyak - sumber ekonomi dunia


Harga minyak naik lagi!!!




Keluhan demi keluhan kita dengari kerana kenaikan harga minyak.
Tentu sudah, harga barangan lain meningkat lagi. Bagaimana sumber pendapatan tidak bertambah, tapi nak membeli apa saja, harganya meningkat tanpa henti.

Inilah realiti kehidupan...

Namun baru-baru ini sudah beralih arah pulak harga minyak ni.
Asyik turun dan turun lagi. Sayapun menjadi hairan kenapa komoditi paling bernilai ini turun pula harganya?

Saya mendapat maklumat dari TV al-hijrah yang mengemukakan tajuk itu di meja SPEnya.

Kronologi peristiwa:

US meningkatkan pengeluaran "shale oil"nya kerana kos pengeluarannya lebih murah dari kos minyak di laut lepas. Apakah itu "shale oil"?
Rujuk di sini >> https://en.wikipedia.org/wiki/Oil_shale

Pengeluaran "shale oil" ini mengakibatkan lebihan SUPPLY minyak di pasaran dunia. Jadi SUPPLY melebihi DEMAND, menyebabkan turunnya harga minyak.

Kesatuan negara-negara pengeluar minyak (OPEC) pula telah bermesyuarat dan membuat keputusan yang mengejutkan. Walaupun SUPPLY sudah terlebih, OPEC tidak kan mengurangkan kadar pengeluaran minyaknya kerana tidak mahu kekurangan dana negara dari hasil minyak. Maka terjadilah lebihan SUPPLY minyak di pasaran.

Kesannya yang paling dekat, ialah syarikat-syarikat minyak tidak dapat bertahan dan bankrap. Syarikat Dengan itu, ramai pula yang hilang pekerjaan kerana syarikat yang ditutup.

Kejatuhan 1 USD, akan mengurangkan pendapatan negara sebanyak RM 300 juta. Sehinggakan negara kita telah mengambil langkah drastik mengubahsuaikan bajet negara.

Sampai bilakah trend ini akan berakhir?

Hanya Allah yang maha mengetahui.
Namun kita hanya mampu mentelah, siapakah yang punya angkara dan apakah percaturan mereka seterusnya.

Terlalu banyak teori konspirasi yang kita  sudah dengar, jadi ambillah iktibar. Mungkin ada yang benar seperti yang dirancangkan oleh konspirator itu.

Yang penting, apakah persediaan kita jika situasi ini berlarutan? Sudahkah kita menyediakan "backup plan" kita?

Fikir-fikirkan lah!!

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.