Merenung kehidupan ini, detik demi detik terus berlalu.
Kawan-kawan dan saudara mara, gugur satu persatu.
Bagi yang sudah pergi, ucapkan selamat menempoh alam yang baru,
Bagi yang masih diberi nafas,
Semakin meningkat usia, semakin banyak pengalaman dilalui.
Ada yang pahit dan ada yang manis.
Kita harus sentiasa ingat mengingati
Dalam melayari hidup, usah lupa
Hidup ini hanyalah jambatan untuk ke akhirat yang kekal abadi.
Kekal abadi atau "infiniti"
Di sepanjang jambatan ini, kumpullah dan tambahlah
Amal dan syukur
Perbaiki diri dengan sifat-sifat mahmudah
Bagaimana mencetus kemahuan yang tinggi untuk ke syurga Allah?
Bagaimana mencetus keinginan yang membuak-buak?
Layakkah aku ke sana?
Mengapa tidak?
Bukankah rahmat Allah itu lebih besar dari murkaNya?
Cuma kita ini makhluk yang sering lupa...
Cuma kita ini makhluk yang terlajak dibuai mimpi syaitan
Cuma kita ini makhluk yang kurang bersyukur!!
Kerana kita tidak mencari ilmu tentang Syurga itu
Di mana segala-galanya indah belaka
Istana bertingkat-tingkat
Tiada dinding, tiada langsir
Penuh pohon-pohon buahan
Yang buahnya boleh dipetik dengan tangan
Yang dahannya rendang, meredupkan sekitar
Di dasarnya pula, hamparan pelbagai perisa sungai
Yang sekali minum, dahaganya tidak hilang sekian lamanya
Hanya duduk di kerusi empuk
Bersembang berhadap-hadapan sesama saudara se Islam
Makan apa saja yang diingini, terus terhidang
Minum dari air sungai yang menghilangkan kehausan yang lama
Tiada buang air, buang najis, buang angin,
Tiada ludah, tiada peluh, tiada letih,
Peluh wangi ibarat kasturi
Tiada cemburu, iri hati, dengki, sakit hati
Tiada stress
Tiada sedih dan masam muka
Semua bergumbira
Dalam limpah kurnia nikmat yang tidak dapat dibayangkan
Apakah yang kita kejar sekarang, lebih berbaloi dari Syurga?
Sedangkan yang di sana itulah yang ABADI, SELAMANYA!
Sajak dari sahabat saya: (DocF)
Dunia ini hanya sementara
Kita adalah tetamu senja
Kumpul amal kumpul pahala
Untuk bekalan kita di sana
Kita adalah tetamu senja
Kumpul amal kumpul pahala
Untuk bekalan kita di sana
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.