Labels

Sunday, February 14, 2016

Buku: Kanser dan Kangen


Inilah buku terbaru mengenai Kangen Water. Dari penulis yang sama dengan "Keajaiban Air" iaitu Pn Norhuda Mahat. Buku ini saya beli semasa menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh pihak distributor KW.



Amat pahit kebenaran tentang kanser atau barah ini.

Di sini saya ingin memetik sedikit maklumat dari buku ini.


HAKIKAT YANG BELUM TERUNGKAI

Sila buka minda dan hati. Terimalah ilmu ini dengan hati terbuka. Dan kemudian sampaikan kepada keluarga dan sahabat handai kita.

Gambaran tentang rawatan kemoterapi dan radioterapi adalah ianya proses MEMOTONG, MERACUN dan MEMBAKAR sel kanser dan juga sel badan lain yg sihat. Kesemua rawatan ini TIDAK BERKESAN dalam membunuh sel kanser, malah menyuburkan sel kanser. Terlalu banyak kesan sampingan yang menyakitkan disenaraikan di dalam buku ini. 

Dalam bab KEASIDAN YANG MEMBUNUH pula, penulis menceritakan  bagaimana sel kanser membiak dan hidup subur di dalam persekitaran pH berasid. Jadi langkah pertama adalah kurangkan keasidan badan dan tingkatkan ALKALI. Badan kita secara optimumnya berfungsi dengan sihat pada ph 7.35 ke 7.45. Ini bermakna terapi yang paling baik adalah terapi beralkali, menukar tabiat pemakanan kepada pemakanan beralkali tinggi.

Bagaimana diet beralkali mempengaruhi sel kanser?

>> Dari kajian makmal, sel kanser cepat membiak dalam suasana berasid.

>> Dengan makan makanan beralkali, kadar pertumbuhan sel kanser berkurang.

>> Sel kanser tidak boleh membiak dalam persekitaran yang tinggi kandungan oksigen. Sel tisu yang punya kandungan alkali yang tinggi mampu menampung kandungan oksigen yang lebih tinggi dari sel tisu yang berasid.

>> dengan memastikan kandungan pH yang tinggi di dalam badan, ia dapat melindungi sel dari serangan sel kanser.

Dalam bab MASIH ADA SINAR HARAPAN, penulis membentangkan bagaimana KW dapat membantu menyahkan keasidan sel dalam badan kita. Melalui "Protokol BOB WRIGHT untuk kanser", penulis membetulkan salah faham yang mengatakan bahawa protokol ini meningkatkan pH darah. Protokol ini membantu meningkatkan pH di dalam sel kanser, menyebabkan suasana tidak kondusif bagi sel kanser untuk membiak.

Apakah ATP?

ATP adalah singkatan bagi Adenosine Triphosphate iaitu sumber tenaga yang paling penting dan utama dalam badan. tenaga dalam bentuk ATP inilah yang menggerakkan sel badan untuk berfungsi sebaiknya.

Sel kanser mempunyai sejenis mikrob yang dipanggil "mikrob kanser" yang sangat banyak.

1. mikrob kanser memakan glukos. Bila kurang glukos, kuranglah ATP yang dihasilkan, menyebabkan sel kanser menjadi lemah.

2. mikrob kanser merembeskan bahan buangan yang sangat toksik dikenali sebagai "mycotoxins". Mycotoxin mrembeskan enzim yang menyelaputi sel kanser itu sehingga sistem pertahanan badan tidak dapat mengesannya. Mycotoxin ini juga memotong laluan tisu-tisu lain di sekelilingnya menjadikan sel kanser itu sangat cepat merebak.

Mikrob kanser ini perlu dibunuh. Bila mikrob kanser ini mati, penghasilan glukos tidak terganggu lagi, menghentikan rembesan mycotoxin dan halangan dari penghasilan tenaga ATP untuk kegunaan sel. Dengan cara ini, sel kanser akan bertukar kembali menjadi sel yang normal, balik kepada asal.

Benarlah seperti maksud perkataan KANGEN itu dalam bahasa Jepun - kembali kepada asal, dengan KW, fungsi sel dalam badan itu boleh kembali kepada fungsi asalnya.

Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan buku ini segera.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.