Rujuk di sini tentang CBR : http://www.who.int/disabilities/cbr/en/
Pada awalnya, Balqis melalui proses "kenalpasti masalah" untuk memberi solusi yang bersesuaian dengannya. Tidak banyak yang kami harapkan dari PDK ini, yang pasti biarlah sedikit berubah walau dengan usaha yang tanpa henti. Prioriti nombor satu kami adalah boleh mengurus dan mengemas dirinya sendiri. PDK ini menawarkan khidmat 6 jam seminggu untuk mencapai matlamat yang diharapkan.
Baru dua minggu di situ, Balqis sudah menampakkan perkembangan yang memberangsangkan. Antaranya yang kami perasan:
- dia boleh turun tangga dengan menggunakan kedua belah kakinya,
- masih dalam proses tinggalkan terus penggunaan diaper,
- dia boleh berjalan sendiri tanpa perlu memegang tangan orang lain.
Selain dari latihan untuk OKU, PDK ini juga bekerjasama dengan sebuah syarikat pemakanan tambahan dalam satu projek pemakanan sihat. Balqis juga sebahagian dari projek itu, di mana dia diberi Omega 3 dan probiotik. Kita nantikan hasilnya kemudian.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.