Labels

Saturday, October 12, 2019

Menikmati ketenangan Greenwich

19 Sep 2019 Khamis
London

Greenwich merupakan bandar sejarah masa standard sedunia. Greenwich Mean Time (GMT) sudah menjadi sebahagian dari hidup kita, menetapkan masa mengikut zon kawasan dunia.

Rujukan: Greenwich

Kami singgah membeli sandwich di Tesco Express dan berkelah di taman Greenwich. Sandwich paling sedap dalah "shrimp and mayo", selain itu ada juga salmon, tuna mayo dan "cheese and onion".



Puas bergambar di sekitar Greenwich. Bangunan yang antik dan taman yang luas. Pusat The Royal Observatory terletak di puncak bukit, tak larat nak mendaki bukit.
























Jam 5:15 petang kami ke Bayswater menaiki DLR (macam LRT). Setiap koc dipenuhi orang balik kerja. Tak ada yang prihatin menawarkan tempat duduk untuk Balqis. Semua dengan hal sendiri.

Jam 6:30 petang kami sampai di kantin Malaysian Hall. Tempat ini menjadi tumpuan setiap orang Malaysia kerana juadah ala kampungnya. Solat dan makan malam di sini. Awen berpeluang mencuba asam pedas ikan salmon, sayur campur dan sambal belacan. Nasi goreng kampung pula dibungkus bawa balik.









No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.