Labels

Sunday, October 6, 2019

Bersiar-siar di Oxford

13 Sep 2019 Jumaat
Oxford

Kami bertolak ke Oxford jam 2 petang. Kami hanya makan tengah hari dalam kereta untuk menjimatkan masa.

Tiba di Oxford jam 4 petang. Oleh kerana tempat parking agak terhad, kereta harus ditinggalkan di luar kawasan bandar. Ada beberapa medan letak kereta berhampiran, yang paling dekat adalah Seacourt Park and Ride.

Dari situ, ada bas yang membawa kami ke bandar Oxford. Satu lagi bandar dengan bangunan yang antik tapi menarik.



Asalnya Oxford ini adalah sebuah penjara sebelum menjadi sebuah tempat menuntut ilmu.

Selain itu ada kubah (dome) besar yang dipanggil Radcliffe Camera. Kabarnya di situlah tempat shooting filem Harry Potter.

Kemudian ke Trinity College. Ada bermacam kolej lagi yang dah tak ingat namanya. Setiap kolej ini mempunyai binaan dengan ruang udara di tengahnya. Kebanyakan bangunan di sini tidak bercat, jadi terselahlah keantikannya.





Tiket parking di Park & Ride













































Kami juga singgah di "covered market" untuk makan aiskrim dan mengopi. Penjual di sini akan beritahu jika makanan yang mereka jual itu halal, terutama bila penjual lihat kami bertudung. Jadi kita tak perlu bertanya pun, mereka terus saja beritahu - sila masuk, kami jual makanan halal! Alhamdulillah, sepanjang perjalanan dipermudahkan.




Jam 6 petang, kami mencari surau di Oxford untuk solat. Jauh di hujung jalan, berhampiran dengan Department of Computer Science. Agak besar juga ruang solatnya, mungkin kerana ramai pelajar yang beragama Islam di sini.










Jam 730 malam, kami bergerak balik ke stesen Seacourt Park and Ride.
Kami meneruskan perjalanan ke Cotswold, ke sebuah cabin Water Park.
Jalan sempit dan gelap serta agak lengang.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.