Hoburne,
Cotswold.
13 hingga 14
Sep 2019.
Kami sampai ke Cotswold sudah gelap.
Singgah di Oxford itu ternyata memakan lebih masa, matahari mengiringi hingga ke petang.
Dalam kegelapan dan hanya berpandukan WAZE, kami sampai juga ke cabin.
Host itu
sudah pun menghantar mesej bertanya bila kami akan sampai.
Airbnb booking confirmation
Peta Hoburne Water Park
Cabin ini terletak di sebuah Water Park.
Berderet
unit-unit yang sama di kawasan itu.
Di
showroomnya ada tertulis, kalau nak beli satu unit GBP75K. Besar pulak
pelaburannya tu!!
Kebanyakan
pelawat adalah orang British sendiri. Inilah cara mereka berkumpul bersama
keluarga di hujung minggu.
Kebetulan
kami sampai pada hari Sabtu, memang ramai penyewa yang datang.
Kami tinggal
di cabin ini untuk dua malam.
Ada 3 bilik
tidur, 2 tandas, dapur, ruang duduk.
Selesa
walaupun agak sempit.
Mesin basuh
tidak ada, tapi ada perkhidmatan dobi di pusat rekreasinya.
Pemandangan
sangat cantik.
Kawasannya
dipenuhi tasik, anak sungai dan kabin.
Subhanallah!!
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.