Labels

Friday, October 4, 2019

Menyewa kereta

11 Sep 2019 Rabu

1020am Kami bertolak ke Manchester airport untuk ambil kereta sewa.
Deposit 25% sudah dibayar semasa booking online. Tiba di sini perlu lunaskan seluruh bayaran.
Setelah selesai proses bayaran, kamipun pergi mengambil kereta.

Inilah kereta kami untuk beberapa hari perjalanan sampai ke Brighton nanti.



Terkejut juga, besar bagak!! Dah macam van besar.

Memang sengaja mencari kenderaan yang agak besar kerana nak muatkan 6 penumpang dan 7 bagasi.
Tiga baris tempat duduk. Masih ada ruang kosong untuk meletak semua jaket.



Pejabat Europcar 














Peralatan di dalamnya juga adalah yang terkini. Ada panel paparan untuk sambung ke telefon bimbit. Ini memudahkan penggunaan Google Map di dalam kenderaan. Google Map sangat berguna dalam kembara ni.












Kami menuju ke Liverpool hari ni. Perjalanan ke Liverpool melalui motorway (Mway) seperti highway di Malaysia.

Liverpool - here we come!


No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.