The Peak District
940 pagi kami bertolak ke Peterborough. Dari Manchester, perjalanan mengambil masa lebih kurang 1.5 jam ke Peterborough.
Kami melalui kawasan perkampungan dengan pemandangan yang sangat cantik di Peak District. Ada tasik, rumah, jerami digulung, ladang dan padang rumput yang luas terbentang dan tasik. Terkadang ternampak lembu, biri-biri dan juga kuda.
Tak boleh nak tidur sepanjang perjalanan itu kerana tak mahu terlepas pemandangan yang cantik dan menenangkan. Terasa seperti melihat "jigsaw puzzle" di depan mata.
Padanag yang luas terbentang
Tasik di antara bukit bukau
Kami singgah di satu kawasan lapang untuk bergambar. Angin sangat kuat hingga boleh menerbangkan jaket. Semua sudah kesejukan dalam hanya beberapa minit.
Rujukan: The Peak District
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.