15 Sep 2019 Ahad
Pickwell Farm, Southampton
Jam 1030 pagi kami bertolak ke Southampton. Bandar ini terletak di selatan menghadap laut. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam.
Pickwell Farm ini masih dibuka untuk memtik buah (fruitpicking) walaupun cuaca sudah menghampiri musim luruh. Luas betul kawasan ladang ini, terdapat beberapa jenis hasil tanaman yang ada di sini. Jagung, labu, strawberry, blackberry, jagung, kobis dan juga bunga-bungaan.
Terasa seperti kembali ke zaman kanak-kanak apabila dapat memetik jagung dari pokoknya. Buah strawberry masak ranum dan sangat manis. Kami juga membeli sedikit sayur untuk makan malam nanti.
Rujukan: Pickwell Farm FB
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.