8 Sep 2019 Ahad
KLIA
830 malam kami bertolak ke KLIA.
Nak tukar slipper Balqis supaya berjalan dengan kasut sukannya tapi dia tak nak.
Begitu juga dengan bagpack baru untuk ke UK. Tak nak pindahkan barangn
ya ke beg baru.
Akhirnya bagpack polkadot merah putih yang sudah lusuh itu juga yang ikut ke UK. Slipper berjaya dibungkus dan masukkan ke dalam bagpack itu.
Rezeki dialah!
Semasa check-in, Yong sudah maklumkan kepada petugas yang kami nak "priority boarding" untuk Balqis. Tapi kata petugas itu, ada sedikit bayaran untuk "priority boarding". Tidak ada perkhidmatan khas untuk OKU kecuali kalau menggunakan kerusi roda. Hanya minta kerusi roda - percuma saja.
Walaupun kami tahu Balqis takkan mahu duduk di kerusi roda, tapi ambil sajalah dulu.
Akhirnya abah yang ditolak dengan kerusi roda itu hingga ke boarding gate. Hihihi!! (kenyit mata)
2 pagi boarded QR853.
Balqis "amazed" naik kapalterbang, tapi tak nak makan dan minum sepanjang penerbangan.
Kurang selesa dia dalam kapalterbang. Perut tak stabil hingga dua kali membuang air besar. Sangat mencabar membersihkan dia di dalam tandas yang sempit.
455 pagi QR853 mendarat di Doha. Sangat cantik dan besar airportnya.
Oleh kerana kami sudah minta perkhidmatan untuk OKU, kami di bawa terus ke boarding gate utk ke Manchester dengan buggy.
Ada tempat khas untuk OKU
Air alkali pH 8
Abah singgah beli makanan, cuba bagi Balqis makan. Dia hanya makan sedikit fries.
810 pagi boarding ke Manchester.
Balqis agak mengantuk kerana tidak tidur dan sakit perut. Mujur ada movie kesukaannya (Aladin) di set program.
Tidak sabar untuk sampai ke Manchester.
Tanpa makan dan minum, Balqis sudah keletihan.
KUL ke DOH 7.5 jam. DOH ke MAN juga lebih kurang 7.5 jam.
Terlalu lama duduk di dalam kapalterbang, dalam tempat yang sempit merunsingkan. pengudaraan juga kurang baik, terasa kering dan panas.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.