Labels

Sunday, October 13, 2019

Oxford Street dan Trafalgar Square

20 Sep 2019 Jumaat
London

Selepas makan di Restoran Melur, kami ke Oxford Street. Tempat ini terkenal dengan tempat shopping. Tengok di sini deretan kedai sepanjang Oxford St.

Shopping di Oxford Street

Kami bukanlah kaki shopping, hanya mahu mencari satu dua buah tangan untuk dibawa pulang ke Malaysia.




Angah dah beli beberapa bungkus coklat semalam. Jadi hari ni, kami membeli cookies dan juga gula-gula.

Menghampiri 7 malam, Yong dan Angah sudah bergerak untuk menonton pertunjukan Harry Potter untuk malam kedua.

Kami yang lain, singgah di Piccadilly Circus dan menapak hingga ke Trafalgar Square. Fountain di Trafalgar Square sangat cantik di waktu malam. Di seberang jalan pula, kami ternampak bendera Malaysia berkibar tinggi. Rupanya di situ letaknya pejabat kedutaan Malaysia.

Rujukan: Piccadilly Circus







Di sini, terdapat tandas untuk OKU yang berkunci. Saya meminta kebenaran dari penjaga tandas itu untuk tukar lampin Balqis. Dia dengan senang hati membukakan pintu untuk saya. Lanyard bunga matahari juga sudah dikenali sebagai penjaga OKU.

Ada juga papan kenyataan yang bertulis "Not all disabilities is visible." Cara fikir orang sini sudah maju ke depan. Itulah adanya keperluan menggunakan lanyard bunga matahari itu, sebagai tanda prihatin sesiapa yang tahu, untuk membantu seorang OKU.








Lanyard untuk penjaga OKU

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.