Labels

Thursday, October 10, 2019

Berkelah di The Seven Sisters


17 Sep 2019 Selasa
The Seven Sisters Park

Hari ini kami menaiki bas ke The Seven Sisters Country Park.
Hampir satu jam untuk sampai ke Country Park itu.

Struktur tebing batu yang cantik itu terletak di pantai, menghadap laut.
Letih juga berjalan nak sampai ke hujung tebing itu. Kami menapak melalui sungai, tasik, gerombolan kambing biri-biri, lembu, angsa (swan) dan burung-burung. Suasana yang menenangkan fikiran.



Sampai di sana, kami duduk berkelah makan nasi goreng. Pantainya bukan berpasir halus, tapi penuh batu kelikir, seperti batu sungai. Nak berdiri betul pun agak payah. Balqis tak suka. Ramai yang datang dengan anjing peliharaan yang tidak ditambat. Amat merisaukan kalau-kalau anjing itu datang mendekat.

Balqis tak mahu duduk atas batu-batuan itu. Tak mahu makan, dah nak marah-marah. Lepas habis makan, Awen bawa Balqis ke tepi tebing itu, agak jauh juga dalam 200m lagi.



















Muka penat tak larat sangat dah!






















Rujukan: Seven Sisters

Jam 3 petang kami menaiki bas pulang ke Brighton. Penat berjalan seharian. Balqis sudah kelaparan.

Sampai saja di rumah, terus suap dia makan. Kemudian tab boleh disambung ke TV. Lepaslah rindunya nak tengok Barney dan Harry Potter.

Malam itu, Yong, Angah dan Awen memenuhi undangan makan malam sebuah keluarga Malaysia yang menetap di situ.

Di rumah, kami membasuh kain baju dan menjamu selera makan Fish & Chips dari Bankers.


No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.