Labels

Monday, October 14, 2019

Membeli belah di Camden Town

21 Sep 2019 sabtu
London

Hari ini kami ke Camden Town. Deretan kedai-kedai cenderamata menjual bermacam-macam produk. Ada juga toilet paper dengan gambar presiden USA yang dijual.

Rujuk: Camden Town

Di dalam pasar pula, ada banyak kedai-kedai makan dan barangan kraftangan. Pasar ini sangat sibuk dan ramai pengunjung. Balqis dah nak mengamuk kerana rungsing dengan keadaan di situ. Tak mahu makan, minum dan duduk.



Selepas selesai makan serba sedikit, kami singgah minum di kedai kopi. Yong kemudian bergerak ke Oxford Street sendirian kerana ada temujanji dengan kawannya.

Kami pula menaiki bas ke King's Cross station, tidak jauh dari situ.























No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.