Labels

Monday, October 14, 2019

King's Cross dan Roti King

21 Sep 2019 Sabtu
St Pancras International Station
King's Cross Railway Station

Destinasi seterusnya adalah St Pancras International Station. Di sinilah pusat stesen keretapi bawah tanah bertaraf antarabangsa, yang menyambungkan UK dengan benua Eropah.

Rujuk di sini: St Pancras Railway Station


Popular dengan persembahan pemain piano secara langsung di sini, kamipun mencari di mana piano besar itu.



Selain itu stesen ini berkongsi rangkaian keretapi bawah tanah dengan King's Cross Railway Station.

Rujuk di sini: King's Cross Railway Station

Apa yang menarik pengunjung ke sini adalah tempat penggambaran kisah Harry Potter yang dikenali sebagai Platform 9 3/4, di mana Harry Potter dengan trolinya hilang ke dalam dinding.

Terlalu panjang anak-anak yang berbaris, semata-mata untuk untuk bergambar bersama troli itu. Sebuah kedai, The Harry Potter Shop, pun ada menjual cenderahati, dipenuhi peminat Harry Potter itu. Angah membeli beberapa barangan yang dipesan oleh kawan-kawannya.

Lihat apa yang ada di kedai: https://www.harrypotterplatform934.com/





















Berhampiran dengan stesen King's Cross itu pula ada sebuah restoran roti canai orang Malaysia, Roti King. Kami berjalan kaki saja ke situ. Cadangnya hanya nak duduk makan satu roti canai dan satu mee goreng mamak (untuk Awen). Malangnya kedai itu menetapkan setiap yang duduk di meja harus tempah satu "main dish", sedangkan kami berempat. Akhirnya kami bungkus untuk makan di rumah.





No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.