Labels

Sunday, October 13, 2019

Bersiar-siar di Buckingham Palace

20 Sep 2019 Jumaat
London

Pertukaran guard dijadualkan pada 11 pagi. Tapi kami sampai dah hampir 12 tengah hari. Apa nak buat, tengok saja di sini....

Change of Guard

Pintu besar istana dikawal ketat. Jadi kami hanya bergambar, kemudian terus ke masjid.






















Kebetulan hari ini Jumaat. Awen mencari masjid yang berhampiran, dan terjumpa Mayfair Mosque. Dalam perjalanan ke masjid, baru perasan banyak hotel-hotel besar di sekitar kawasan Buckingham Palace.

Masjid Mayfair itu adalah sebuah blok dalam deretan bangunan. Tingkat atas untuk jemaah lelaki, basement untuk jemaah wanita. Ramai jemaah wanita yang hadir solat Jumaat. Oleh kerana tempat yang agak terhad, kami menunggu sehingga jemaah Jumaat beredar.




Seterusnya kami ke Restoran Melur London di Paddington untuk makan tengah hari:

Kami berpeluang berjumpa dengan tuanpunya restoran, Pak Awie dan isterinya. Pasangan yang ramah dan tak lokek bercerita tentang pengalaman mereka membuka restoran di London. Dari awal tiba di London mereka sudah bermula, cumanya ambil masa 10 tahun untuk dapatkan status PR. Sekarang anak-anak mereka yang membesar di sini, ada juga beberapa orang cucu. Adiknya juga seorang usahawan yang membuka restoran "Makan" di London.

Lepaslah rindu makan nasi putih dan hidangan lauk pauk yang sedap. Memang selera Melayu tak hilang walau jauh di perantauan. Petai dan jering pun ada. Awen tambah pula order nasi kandar Penang.

Balqis tak mahu makan sangat. Mood dah tak bagus, mungkin kerana penat yang teramat.










No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.