Brighton ke London
Kami bersiap awal dari biasa kerana akan bergerak ke London menaiki keretapi.
Awen panggil taxi yang agak besar untuk memuatkan 6 orang dan 7 beg (luggage) ke Brighton Train Station.
Tepat jam 11 pagi keretapi bertolak meninggalkan Brighton.
Jam 12:30 tengah hari sudah tiba di Victoria Station. Di sini bermulalah perjalanan menggunakan Oyster card, tambah nilai £20 untuk setiap orang. Awen sibuk mencari Uber untuk ke airbnb London. Susah nak muat semua, jadi Awen dan Angah ke rumah airbnb menaiki bas.
Rancangan asal nak ke SeaLife terpaksa dibatalkan, kerana tutup pukul 5 petang.
Setelah berehat buat seketika, kami mengambil keputusan untuk ke London juga. Singgah di Hyde Park, kemudian terus ke Noodle Oodle untuk makan malam. Kami sampai 7 petang di mana pelanggan belum beratur mendapatkan meja. Hidangannya yang paling popular adalah itik goreng. Boleh tahan sedapnya.
Ada banyak kedai makan halal di Bayswater ini. Tak susah nak cari makan di kawasan ini. Mungkin popular dengan pelancong dari Malaysia, sebuah kedai cenderamata memasang lagu-lagu Dato Siti Nurhaliza.
Jam 10 malam kami pulang ke rumah airbnb.
Kami mendapat berita pemergian seorang mak saudara yang sangat baik orangnya. Sudah 2 bulan menghidapi barah rupanya, tapi tak mahu berubat. Semoga arwah diberi keampunan dan ditempatkan bersama para solihin. Al Fatihah!
Balqis sangat happy balik ke rumah ini sebab sofa bed menjadi tempat berbaring sambil menonton Aladin.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.