Labels

Sunday, October 6, 2019

Melawat gedung ilmu UK

13 Sep 2019 Jumaat
Cambridge

Kami keluar rumah pukul 1030 pagi.

Malam tadi, Awen sudah booking untuk parking di kawasan parking Hotel Double Tree di Cambridge. Tempat itu berhampiran dengan kawasan universiti.

Kami terus menuju ke tempat "punting" itu. Family tour boleh dapat GBP20 saja. Dayung sendiri. Balqis tak mahu naik sampan kayu (punting), mungkin gayat kot. 
Jadi kami terus saja berjalan di sekitar kawasan University of Cambridge.



King's college.
Queen's college.
The Mathematical bridge.

Oleh kerana terkenal dengan gedung ilmunya, tempat ini sudah menjadi tempat pelancongan. Ramai pelancong dari Asia yang kami temui. Ramai juga "peminta sedekah" di sini, harus berhati-hati.

Di situ juga ada fresh market yang menjual makanan, souvenir dan juga barangan lain. Kami singgah makan Belgian chocolate waffle di sini. Sedap juga waffle dengan taburan buah-buahan diselangseli dengan coklat cair.







Punting Station




































Destinasi seterusnya adalah Oxford University. Dalam perjalanan ke Oxford, kami menghabiskan lunch pack yang dibawa.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.