Labels

Tuesday, October 8, 2019

Check-in Airbnb di Brighton

15 Sep 2019 Ahad
Brighton and Hove

Sudah hampir 3 petang. Selesai sudah memetik buah-buahan.
Sebelum bergerak ke Brighton, kami singgah membeli barang makanan di Tesco. Pada hari Ahad, Tesco ini tutup seawal 4 petang. Makan sandwich yang dibeli sebagai lunch kami.

Di pertengahan jalan, kami singgah di Chichester untuk melihat hospital tempat Yong training satu masa dulu. Hospital kecil di pekan yang kecil juga.







Dalam perjalanan itu, kami melalui sebuah istana di kawasan Arundale. Pintu masuk ke istana itupun sangat besar. Kami tidak singgah melawat kerana tiada dalam perancangan awal kami.

Rujukan: Arundale Castle










530 petang. Kami sampai di rumah sewa airbnb.
Rumah itu di tingkat 3. Super host ini seorang interior designer dan suaminya pula seorang agen hartanah. Mereka dalam proses menjual rumah ini. Mungkin kami penyewa terakhir sebelum rumah ini dijual.

Rumahnya sangat cantik.
Kemasan dalamannya amat menarik, maklumlah hasil tangan seorang interior designer. Setiap sudut diberi perhatian.

























Pemandangan dari dapur rumah


Kami hanya makan dan berehat setelah seharian berjalan.
Alhamdulillah! Masih tak percaya, sampai juga kami ke Brighton ini.
Satu masa dulu hanya mendengar cerita Yong saja. Hari ni, betul-betul berada di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.