Labels

Monday, October 7, 2019

Melawat tempat kelahiran Shakespeare

14 Sep 2019 Sabtu
Stratford-upon-Avon

Kami tiba di Stratford-upon-Avon 1230 tengah hari.
Oleh kerana hari itu hari Sabtu, sangat ramai pelancong yang datang.

Rumah tempat kelahiran Shakespeare itu masih dikekalkan sehingga kini.
Semua bangunan di sekitar kawasan itu memang cantik belaka.

Rujukan: Tempat kelahiran Shakespeare




























Jam 2 petang kami kembali ke tempat parking kereta. Alangkah terkejutnya kami bila mendapati tuan rumah sudah halang kereta kami dari keluar. Katanya bukan dia yang beri kebenaran parking di depan rumahnya.

Tuan rumah itu sudah memanggil polis, tapi polis yang datang tak boleh berbuat apa-apa kerana dalam kawasan rumah persendirian.

Alahai! Lama juga nak menerangkan yang kami "innocent". Awen yang buat booking sebab tahu susah parking di kawasan tourist spot begitu. Semua melalui online app "JustPark" saja. Tidak terjangka begitu pula akhirnya.

Lalu Awen membuat aduan ke JustPark itu supaya tindakan diambil ke atas orang yang menawarkan parking spot itu. Selang beberapa jam kemudian, parking spot itu sudah berubah kepada rumah jiran berhadapan dengan rumah asal. Tahulah kami bahawa jiran depan rumah itu yang sengaja buat hal mempermainkan jirannya.







No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.