Albert Dock, Liverpool
Sudah hampir 3 petang, baru kami sampai di Albert Dock. Kami singgah makan "fish & chips" di sebuah kedai di Albert Dock. Sedap, memang berbaloi. Sos hijau pencicah itu dibuat dari kacang pea hijau yang direbus dan dilenyek, pertama kali merasa pencicah sebegini.
Berhampiran kedai "fish & chips" itu, ada kedai menjual barangan cenderamata kumpulan The Beatles.
Balqis pula amat teruja terjumpa kedai cenderamata "Harry Potter" di sini.
Kami menghabiskan masa dengan mengambil gambar di sekitar Albert Dock itu.
Terdapat tugu kumpulan The Beatles yang menjadi tarikan di Liverpool ini.
Liverpool sangat berangin kerana is merupakan sebuah pelabuhan yang menghadap kuala Sungai Mersey menghala ke Lautan Atlantik. Kapal juga banyak berlabuh di situ.
Bangunan di sekitar Albert Dock juga sangat unik. Binaannya yang lain dari yang lain, contohnya Museum of Liverpool.
Hampir 7 malam baru kami bertolak balik ke Manchester.
Rujuk di sini tentang sejarah Liverpool:
The Royal Albert Dock Liverpool
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.