Labels

Thursday, August 14, 2008

Wanita manakah yang menarik lelaki ke neraka?

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam api neraka.

3. Saudara lelakinya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu saudara-saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarga sendirinya sahaja dan adik atau kakaknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adik atau kakaknya itu di akhirat kelak.

4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Begitulah...

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja ketika di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka agar mereka sendiri tidak ke neraka dek kerana angkara wanita-wanita di sekeliling mereka.

Monday, August 4, 2008

Mahu jadi OKU?

Di balik ada yang malu mempunyai anak OKU, ada pula yang ingin menjadi OKU?


Monday, 04 August 2008 08:28pm
Sumbangan dari Mohammad Faizal Bin Che Yusof

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Satu seminar berkaitan Akta Orang Kurang Upaya, 2007 telah diadakan di Hotel KL International. .Seminar yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu telah dianjurkan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta Malaysia (NCBM).

Antara objektif seminar sehari itu termasuklah sebagai usaha memberi kesedaran tentang Akta Orang Kurang Upaya, 2007 kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan pembangunan orang kurang upaya (OKU). Selain itu, ia turut mensasarkan pendedahan kepada OKU perihal hak dan tanggungjawab mereka yang diperuntukkan di dalam Akta tersebut.

YB Dato’ Dr. Ng Yen Yen dalam ucapan perasmiannya menyeru semua pihak agar bergabung tenaga dengan kerajaan bagi memastikan objektif Akta tersebut diwujudkan tercapai. Pembangunan OKU adalah suatu usaha berterusan yang bersifat menyeluruh. Selain kerajaan di peringkat pusat yang meliputi pelbagai kementerian, kerajaan-kerajaan negeri dan kerajaan-kerajaan tempatan memainkan peranan yang amat penting dalam membangunkan dan memberi kemudahan kepada OKU.

Berbanding dengan negara lain, dalam usia muda, kerajaan Malaysia telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk membangunkan OKU. Akta tersebut adalah merupakan dokumen utama dan langkah penting yang memperuntukkan hak kepada OKU.

Pewartaan Akta tersebut pada 7 Julai 2008 yang lalu hanyalah suatu permulaan. Ia perlu disusuli dengan tindakan-tindakan lain yang sewajarnya. Dasar berkaitan OKU dan Pelan Tindakan Kebangsaan berkaitan OKU mesti diterima oleh jentera pelaksana dengan seluruhnya dan perlaksanaannya juga mestilah seiringan dengan Akta tersebut.

Dr. Ng Yen Yen turut memberi kepercayaan kepada badan-badan bukan kerajaan OKU dalam merancang pembangunan OKU. Ini adalah kerana mereka lebih memahami isu dan permasalahan OKU. Badan-badan bukan kerajaan tersebut disaran meningkatkan usaha membangunkan OKU dalam negara ini.

Antara kebimbangan yang disuarakan oleh YB Menteri yang turut dikongsi oleh pembentang kertas bertajuk “Akta OKU 2007 sebagai Perundangan Khusus” iaitu Saudara Mahasan Haji Omar, termasuklah statistik OKU. Kini hanya seramai 220,250 OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bilangan ini jauh lebih kecil dari anggaran jumlah OKU yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 10% dari 27 juta penduduk Malaysia.

Kegagalan menangani statistik yang betul boleh menyebabkan OKU ketinggalan dalam perancangan pembangunan, khususnya dalam bidang pendidikan.

Pelbagai dana yang diwujudkan kerajaan tentunya sia-sia jika gagal dimanfaatkan oleh kumpulan sasar. Malah menurut YB Menteri, telah ada segolongan mereka yang bukan dari golongan OKU datang ke JKM meminta pelbagai skim dan bantuan OKU untuk diri mereka dengan mendakwa mereka sebagai OKU.

Sebelum meninggalkan majlis, YB Menteri turut melancarkan buku bertajuk “Siapa bersama mereka” yang diterbitkan oleh NCBM.

Akta Orang Kurang Upaya 2007, Undang-undang Khas Berasaskan Hak

Saudara Mahasan Haji Omar semasa menggalurkan laluan panjang sebelum Akta tersebut dizahirkan, antara lain, memberi penekanan kepada suatu kerangka pembangunan OKU yang dikenali sebagai Biwako Millenium Framework 2002. Untuk membangunkan OKU, adalah perlu prinsip kebajikan yang mendasari perancangan yang wujud selama ini diubah kepada pembangunan berasaskan hak. Dengan adanya Akta tersebut, adalah diharap apa jua perancangan bagi manfaat OKU tidak lagi dibuat atas dasar simpati atau kasihan.

Meskipun diperakui Akta tersebut telah melalui pelbagai perubahan sejak draf awal dikemukakan pada akhir 1990-an, namun ia hendaklah dilihat sebagai suatu pembuka jalan kepada perlaksanaan pembangunan OKU yang lebih positif.

Akta Orang Kurang Upaya 2007 dan Harapan Orang Kurang Upaya

Selama ini seorang anak yang dilahirkan kurang upaya hanya akan berjaya bila didorong rasa ingin berjaya dari dalam diri sendiri. Dengan keupayaan yang terbatas, ditambah pula dengan tiadanya kemudahan khusus sejak pendidikan awal hingga tinggi, sememangnya memberi cabaran besar kepada kejayaan seseorang OKU.

Demikianlah yang dilalui oleh Saudara Tuah Atan, pembentang kertas kerja bertajuk “Akta Orang Kurang Upaya 2007 dan Harapan Orang Kurang Upaya”. Beliau yang merupakan seorang peguam sejak 21 tahun lalu terpaksa mengharungi setiap cabaran bersendirian tanpa sokongan sistem yang mantap dari badan-badan berwajib sejak dari awal persekolahannya.

Dalam memberi ulasan tentang Akta tersebut, beliau menyeru agar perlaksanaan intipati Akta tersebut diberi perhatian sewajarnya. Apa gunanya akta yang berjaya dizahirkan jika OKU masih berada pada tahap lama?

Harapan dan kebimbangan beliau turut dikongsi bersama oleh para peserta yang terdiri dari pelbagai jenis kategori OKU sewaktu forum terbuka membincangkan Akta tersebut yang diadakan pada sebelah petangnya.

Pelbagai halangan dan diskriminasi yang didepani OKU sehingga kini termasuklah halangan kepada perkhidmatan perbankan dan kewangan, diskriminasi dalam perkhidmatan insuran, diskriminasi dalam sistem penerbangan, tiadanya keselarasan dalam sistem pengangkutan, dan dilema perolehan pekerjaan.

Tahun 2012 sebagai matlamat menghapuskan jurang kepada OKU

Cita-cita kerajaan yang disampaikan melalui Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat yang meletakkan tahun 2012 sebagai tarikh yangmembebaskan OKU dari segala jurang dan diskriminasi nyatanya mendatangkan keresahan di kalangan OKU.

Bagi OKU, tempoh tersebut terlalu lama. Kebimbangan tersebut turut disuarakan oleh Senator OKU pertama negara, YB Prof. Dato’ Dr. Ismail Md Salleh dalam ucapan perasmian penutupnya.

Tempoh panjang tersebut amat tidak wajar bilamana Akta itu sendiri telah memakan masa yang begitu lama untuk diwartakan.

Selain tempoh masa yang lama bagi menguatkuasakan sepenuhnya Akta tersebut, golongan OKU turut prihatin dengan keahlian Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya yang akan ditubuhkan menurut peruntukan Akta tersebut. Adakah mereka yang dilantik kelak benar-benar mewakili OKU bilamana Akta tersebut tidak mempunyai peruntukan khusus berkenaan ciri-ciri keahlian?

Walau apa pun halangan dan rintangan, Senator Prof. Dato’ Dr. Ismail Md Salleh menyeru agar semua OKU bersatu suara dan bergabung tenaga ke arah perlaksanaan sepenuhnya Akta Orang Kurang Upaya 2007 bagi kebaikan OKU seluruhnya.