8 cara mudah untuk memberi tumpuan di tempat kerja dan di rumah
Dipetik dari additudemag.com
Berikut disenaraikan cara-cara untuk mengurangkan kurang tumpuan atau 'melilau' yang dialami oleh pengidap ADHD.
1. sempitkan ruang pandangan
Semasa duduk di meja kerja, bekerjalah dengan barangan yang perlu untuk tugas itu sahaja. Letakkan barangan lain di tempat lain yang tidak dapat dilihat.
— Sandy Maynard, fasilitator bertugas di ADDitude
2. tulis nota sebagai peringatan
Jika kerja perlu disiapkan dalam beberapa jam, tulis nota dan letakkan dalam jarak penglihatan.
Contoh: "Sekarang bukan masa untuk berkemas, esok ia boleh dilakukan." atau "Ini hanyalah draf pertama, tidak perlu sempurna."
— Patricia Quinn, M.D., Nancy Ratey, Ed.M., and Theresa Maitland, Ph.D., penulis buku Coaching College
3. Kekang / berhenti mengkritik
Jangan mengkritik kerja anda selagi belum siap. Dengan berbuat begitu, anda mengurangkan kelambatan dan kesempurnaan.
— Christine Adamec, penulis buku "Moms with ADD"
4. Buat senarai
Jika terlalu banyak persoalan timbul sebelum memulakan kerja, ambil 5 minit untuk menulis apa yang sepatutnya anda buat. Bila sudah tertulis, anda tidak perlu risau untuk menyiapkan kesemuanya dan memberi masa untuk anda fokus.
— Thomas Whiteman, Ph.D., and Michele Novotni, Ph.D., coauthors of Adult ADD
5. Minta diperingatkan oleh kawan sekeliling
Beritahu kawan yang berhampiran anda untuk mengingatkan anda jika anda mula berangan atau hilang tumpuan.
— Khris, penyumbang remaja untuk "A Bird's-Eye View of Life with ADD and ADHD"
6. Lakukan latihan berkala
Ini adalah cara terbaik untuk jangkamasa panjang. Latihan akan menghantar lebih banyak oksigen ke otak dan merangsang rembesan hormon, nutrien, neurotransmitter dan agen lain untuk otak berfungsi.
— Edward Hallowell, M.D., and John Ratey, M.D., penulis buku "Delivered from Distraction"
7. Tahu kemampuan anda
Apabila anda sudah tidak mendengar lagi atau terasa melayang, beritahu orang yang sedang bercakap dengan anda, "Maaf, boleh kita berhenti sekejap. Saya sudah tidak boleh fokus."
— Alex Zeigler, penulis bersama buku "A Bird's-Eye View of Life with ADD and ADHD"
8. Tetapkan matlamat
Jika anda mempunyai matlamat yang serupa dengan siap diri anda sendiri, anda boleh melakukannya.
— Michael Sandler, kolumnis "Success at School" untuk ADDitude