Saya mengambil peluang untuk menyertai satu kumpulan WA yang membincangkan tentang anak istimewa mereka. Kebanyakannya bermasalah autisme. Ada lebih kurang 100 peserta grup itu, terdiri dari ibubapa yang punya anak istimewa, penjaga, cikgu dan juga sukarelawan.
Rata-rata ahlinya mempunyai anak autistik yang masih kecil, bawah 10 tahun. Saya faham keadaan mereka, masih mencari-cari apa yang perlu dilakukan.
Masih cuba menerima kenyataan.
Masih tertanya-tanya, kenapa aku?
Bagaimana menangani masalah tantrum?
Bagaimana nak bawak ke doktor?
Bagaimana nak tahu dia boleh mendengar ke tidak?
Bagaimana dia urus diri?
Bila nak cek dan diagnos dengan doktor?
Doktor apa nak jumpa? Hospital mana?
Apa yang dia boleh makan?
Apa yang dia suka dan tak suka?
Apa perbuatannya yang pelik-pelik?
Sekolah mana yang sesuai?
Apa rawatan/terapi yang diperlukan?
Banyakkah perkembangan selepas rawatan?
Bagaimana nak bagi dia faham?
Macam-macam persoalan.
Soalan-soalan yang sama itu pernah bermain di fikiran saya satu masa dulu.
Satu tempat yan gbaik untuk berkongsi pengalaman.
Memang pengalaman kita berbeza namun dapat membantu.
Ada anak yang maju bersama rawatan dan masa,
Ada anak yang maju selepas rawatan,
Ada anak yang tidak maju-maju.
Begitulah aturannya.
Dari apa yang saya perhatikan, keadaan sekarang lebih peka tentang anak-anak istimewa ini. Mereka telah mula mendapat perhatian masyarakat. Ahli masyarakat juga sudah lebih terbuka tentang anak intimewa.
Apa yang saya boleh pesan adalah seperti berikut:
1. terima anak sebagai anugerah.
Anak syurga, anugerah dari Alllah. Ladang pahala. Lebih kenal ragam manusia. Motivasi utk terus usaha mencari keredhoan allah.
2. Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi padanya.
Bagus utk cuba terapi2 tu. Never know which one works.
Jangan paksa.Syukur kalau dia boleh buat, syukur juga kalau masih belum boleh.
Jangan pula putus asa. Ikhtiar kita untuk dia itupun sudah dikira sebagai ibadah buat kita.
3. Pandai bahagikan masa kita.
Seimbangkan masa untuk diri sendiri, untuk anak yang istimewa, dan untuk anak-anak lain. Perlu pandai bahagikan masa yang terluang untuk segala sudut kehidupan. Jangan terlalu memberi masa untuk anak istimewa, hal-hal lain terabai.