Labels

Friday, May 20, 2016

Feeling depressed?



Mahu tahu samadaa anda kemurungan atau tidak?

Saya mendapat maklumat ini dari poster di klinik psikiatri Hospital Kerajaan. Cuba perhatikan tanda-tanda yang disebutkan di bawah, mungkin ada pada orang-orang di sekeliling kita.

* Gelisah/panas baran,

* berubah selera makan atau berat badan,

* susah tidur, susah bangun pagi, terkejut awal pagi, terlebih tidur,

* kurang tenaga, letih, penat, lesu,

* berasa diperlahankan,

* payah untuk fokus, mengingati atau membuat keputusan,

* rasa bersalah, tidak berguna, tidak menolong,

* kesedihan berpanjangan, kebimbangan, kosong,

* putus asa, pesimistik,

* hilang minat dalam perkara yang diminati sebelum ini termasuk hubungan kelamin.