Rujuk disini : Buku - Aku bersyukur anakku autisme
Penulis buku ini juga mempunyai anak istimewa dengan masalah "autisme". Cara penyampaiannya amat objektif membuatkan saya merasa semangat saya kembali pulih untuk meneruskan perjuangan ini.
- Apa yang saya lakukan setakat ini sudah berada di landasan yang betul.
- Amanah yang besar - saya terima amanah ini dengan lapang hati. Sudah tentulah tanggungjawab juga besar terutama dalam perkara berikut. Harta benda/waris, jagaan harian/kebersihan, kesihatan dan pendidikan.
- Redho dengan anugerah Allah - apabila sudah terima dengan lapang hati, saya dapat meneruskan kehidupan dengan lebih tenang. Saya menjadi seorang yang lebih memahami setiap satu masalah yang datang.
- Hanya insan terpilih - saya juga merasa berbesar hati menjadi insan terpilih. Sungguh tidak disangka, begini ketentuan untuk saya. Dengan cara inilah, saya beribadah kepada Allah. Apa saja yang Allah beri itu, tentulah ada kebaikannya.
- Tugas utama adalah menjaga anak istimewa - saya akan cuba menjaganya semampu mungkin. Memang ada ketakutan dan kerisauan yang tidak terungkap, tetapi saya cuba serahkan kepada Allah dan berdoa untuk diberi kekuatan untuk melaluinya, sekiranya perkara itu terjadi.
- Jangan putus asa walaupun harapan nampaknya kelam. Resipinya, sediakan diri dengan kekuatan dalaman. Sabar dan tabah. Saya terapkan dalam diri, biar susah di sini, senang di sana. Harga sebuah syurga itu mahal, sudah tentulah di sini banyak cabarannya.
Benar, kehadiran Balqis telah banyak mengubah persepsi saya terhadap kehidupan.
Walaupun hadirnya bersama kepayahan dan cabaran yang tidak pernah dijangka, namun pertolongan datang mencurah-curah.
Kebahagiaan itu hanya dari Allah.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.