Banyak info berguna dalam buku ni yg n saya huraikan.
Buku ni saya beli ketika menghadiri satu seminar yang saya sertai.
Antara tajuk-tajuk menarik dalam buku ini adalah:
- Kenapa air beralkali?
- Apa itu asidosis?
- Bagaimana emosi negatif mewujudkan kebimbangan?
- Penggabungan makanan yang ideal
- Senarai makanan berasid
- Senarai makanan beralkali
Dalam pos kali ini, saya hanya akan menyentuh tentang panduan penggabungan makanan saja. Tajuk-tajuk lain akan dibiacarakan pada masa lain.
Nota: Terdahulu dari topik ini, perlu juga kita mengkaji jenis makanan yang bersifat asid dan alkali.
1. Elakkan makan karbohidrat dengan buah-buahan berasid.
2. Elakkan makan protein pekat dengan karbohidrat pekat. Contohnya, makan pizza ketika penat. Apa rasanya?
3. Makan makanan dari sumber protein dari jenis yang sama dalam satu hidangan.
4. Protein dan makanan berasid harus dimakan dalam hidangan berasingan.
Makanan berasid akan menghalang rembesan asid pencernaan yangdiperlukan untuk menghadam protein.
Akibatnya, protein yang gagal dihadamkan akan reput dan menghasilkan toksik yang kuat.
5. Makan lemak dengan berhati-hati. Lemak menghalang rembesan jus gastrik. Contohnya avocado, buah yang mengandungi lemak lebih tinggi dari susu.
6. Protein dan makanan (buah-buahan) berasid harus dimakan dalam hidangan berasingan. Contoh buah yang berasid - sitrus, tomato, nenas, strawberi. Lemon dan limau masih boleh dimakan kerana kandungan enzimnya.
7. Jangan makan buah-buahan manis dengan protein, kanji atau buah-biahan berasid.Gula dalam buah-buahan manis elok dibiarkan dihadamkan oleh perut dan bergrak ke usus dalam masa dua puluh minit. Ia cenderung untuk menapai sekiranya bercampur dengan makanan lain.
Apabila gula diambil, mulut cepat terisi dengan air liur, tapi pytalin tidak hadir. Ptyalin perlu untuk mencerna kanji.
8. Makan hanya sejenis makanan kanji pekat setiap waktu makan. Tujuannay untuk mengelakkan kanji berlebihan.
9. Buah berasid elok digabungkan dengan buah sub-asid. Contoh, tomato tidak sesuai digabungkan dengan buah sub-asid atau dengan apa-apa jenis buah lain.
10. Buah sub-asid boleh digabungkan dengan buah manis.
11. Buah-buahan hanya sesuai dihidangkan dengan salad.
12. Salad bergabung baik dengan protein atau kanji.
13. Makan tembikai begitu saja.
14. Tunas tumbuhan. Biji bertunas mengandungi enzim dan oksigen.
15. Air. Minum air beralkali sepanjang hari. Jangan tunggu merasa dahaga baru minum. Air tidak boleh diminum terlalu banyak pada satu-satu masa, tetapi sedikit demi sedikit tetapi berterusan sepanjang hari.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.