Labels

Wednesday, June 1, 2016

Mencari Tanda-tanda Kemurungan


Artikel sebelum ini

Oktober 2015.

Terdetik di hati saya.
Kenapa dia tidak duduk bersembang seperti biasa?
Asyik memerap saja sepanjang hari di dalam bilik.

Bila berbicara, tuturkatanya seolah-olah berlakon.
Seperti mahu mengelak. Ataupun menyorokkan sesuatu.
Adakalanya seperti tidak berpijak di bumi nyata.
Saya hanya membuat andaian, mungkin dia masih "jetlag" walau pun sudah lebih dua bulan pulang dari habis belajar.

Saya masih tidak tahu apakah puncanya dia jadi begitu.
Tapi saya tahu itu bukan dirinya yang sebenar, bukan anak saya yang saya kenali.

Itu hanya tanda-tanda awal yang ketara.



Selain itu saya mula mengumpul tanda-tanda penyakit dari sumber bacaan saya. Antaranya:

  • rasa sedih berpanjangan,
  • tak "happy",
  • tak ada mood,
  • rasa tak berguna,
  • hilang fokus/tumpuan,
  • rasa letih,
  • tak ada selera makan,
  • susah tidur, susah bangun pagi.


Pada peringkat kronik:

  • percaya kepada benda-benda karut,
  • sentiasa curiga dengan persekitaran,
  • dengar suara2 ghaib.


Ada masa "mood"nya baik sikit, dia datang bersembang dengan saya. Namun kebanyakan topik yang mahu dibicarakan amatlah negatif.

Contoh:

  1. Asyik rasa sedih dan kosong. Seolah-olah tiada apa yang dikejar lagi dalam hidup ini. Sudah terlalu lama tak rasa "happy", keluhnya.
  2. Kewujudan seorang adik yang OKU adalah satu bebanan, katanya.
  3. Lebih baik saya tiada dalam gambar keluarga kita itu.


Saya hanya bertanya kenapa fikir begitu? Saya cuba untuk membetulkan sudut pandangnya. Namun seperti mencurah air ke daun keladi.

Rujukan:
Feeling depressed?


Artikel Seterusnya

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.