Labels

Thursday, February 16, 2017

Mendapatkan bantuan psikiatri


Tugas setiap individu adalah untuk kekal sihat
Sihat fizikal
Sihat mental
Sihat rohani
Bila sihat, barulah kita produktif
Bila sihat, setiap tugas menjadi mudah
Bila sihat, barulah boleh menyumbang
Bila sihat, segalanya menggembirakan
Alangkah bahagianya!






Namun dalam sesetengah perkara
Kita tidak tahu tahap sihat kita
Sudah optimumkah?

Adakalanya kita tidak sedar
Adakalanya kita tidak tahu
Adakalanya kita sendiri kurang ilmu
Bilakah masanya untuk mencari solusi?

Ia bergantung kepada apa yang sakit itu
Lihatlah tanda-tanda yang ditunjukkan
Dalam diri sendiri
Atau oleh orang lain
Dengarkan
Perhatikan
Bila fizikal yang sakit, lebih mudah untuk kenalpasti
Bila mental yang sakit, agak mengelirukan
Bila rohani yang sakit, lagi susah nak mencari solusinya

Rujuk di sini ...
untuk Kesihatan mental: Bantuan sihat mental
untuk Kesihatan rohani: Info Sihat Rohani

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.