Labels

Wednesday, April 12, 2017

Amalan yang merosakkan buah pinggang

*10 Tabiat Harian Ini Boleh Merosakkan Buah Pinggang*

Dalam badan kita terdapat satu organ yang berbentuk seperti kacang, iaitu buah pinggang. Setiap orang dikurniakan sepasang buah pinggang. Setiap satu daripadanya bersaiz lebih kurang sebesar penumbuk, dan terletak betul-betul bawah tulang rusuk bersebelahan dengan tulang belakang. Fungsi organ ini adalah mengekstrakkan bahan buangan daripada darah, mengimbangi cecair dalam badan, menghasilkan air kencing dan membantu fungsi badan yang lain.

Setiap hari, *badan kita akan menapis 113 hingga 140 liter lebihan cecair, air kencing dan bahan buangan.* Tujuannya adalah untuk *mengelakkan lambakan bahan buangan di dalam badan*. Buah pinggang juga *mengekalkan tahap elektrolit dalam badan*. Ia juga menghasilkan *hormon-hormon yang mengawal tekanan darah, menghasilkan sel darah merah dan mengekalkan kekuatan tulang.*

Jadi, amatlah penting untuk kita memastikan buah pinggang kita sentiasa sihat. Kita tidak akan dapat mengetahui sama ada buah pinggang kita sihat ataupun mengalami kerosakan. Oleh itu, kita perlu mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan daripada kerosakan buah pinggang.

Monday, April 10, 2017

Kemurungan: Peringkat pemulihan 5


Peringkat 1 dan 2

Peringkat 3 dan 4

PERINGKAT 5. BERTINDAK UNTUK BERUBAH.

Di peringkat ini, mereka mahu bertindak untuk mencapai impian. Ada yang mencari kerja sebagai separuh masa atau sukarela, ada juga yang bertugas sebagai kumpulan sokongan.

Bagaimana orang lain boleh membantu?


  • bantu dia menggunakan ilmu dan kemahiran yang ada,
  • pantau pencapaiannya supaya realistik dan boleh dicapai,
  • tawarkan sokongan dan sumber bantuan, 
  • berikan sokongan untuk dia melakar matlamat yang baru dan melupakan penyakit,
  • bantu dia mengatasi pemikiran negatif yang datang,
  • galakkan dia untuk bertenang dan menikmati pengalaman.


Mereka sebenarnya mempunyai kuasa untuk mencipta kehidupan yang mereka mahukan. Kemungkinan itu tiada penghujungnya.


Jangan sebut...

Semua ni dalam fikiran awak aje.
Kita semua ada masanya akan lalui seperti ini.
Awak tak apa-apa, jangan risau.
Lihat dari sudut positif.
Kenapa awak ni?
Kenapa tak baik-baik lagi?
Awak ada banyak sebab untuk teruskan hidup, kenapa nak mati?
Saya tak boleh bantu awak.



Sila sebut....

Awak bukan keseorangan (You are not alone in this).
Saya akan bantu awak.
Saya faham penyakit awak ni memang betul-betul wujud, dan sebab itu ia mengganggu pemikiran dan perasaan awak.
Saya mungkin tak faham sepenuhnya tentang penyakit ini tapi saya mahu bantu awak.
Awak amat penting bagi saya. Kehidupan awak penting kepada saya.
Beritahu macam mana saya boleh bantu.
Saya di sini untuk bantu awak. Kita akan lalui bersama.

Selain itu, cuba dapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan pesakit. Dokumenkan perkara-perkara ini.

1. melalui pakar psikiatri, doktor atau kawan rapat pesakit untuk menangani sebarang krisis diri.
2. minta izin untuk berbincang dengan doktor tentang langkah-langkah pemulihan.
3. rawatan dan ubat-ubatan yang diberi kepada pesakit, termasuk dos atau pemakanan khas untuknya.
4. tanda-tanda amaran yang penyakitnya menjadi bertambah serius dan bagaimana anda boleh membantu.
5. kerja harian yang anda bleh bantu seperti menguruskan kain baju, memasak dsb.

Selain dari ini, berusahalah untuk bersabar, bersopan santun dan beradab dengan pesakit selayaknya. Menunjukkan penghargaan anda terhadap pesakit sebagai seorang teman berbicara itu sudah mampu memberi kekuatan kepada pesakit.

Kemurungan: Peringkat pemulihan: 3 dan 4


Peringkat 1 dan 2

PERINGKAT 3. MENYEDARI DAN PERCAYA BAHAWA PERUBAHAN ITU SATU KEMUNGKINAN YANG BESAR. 

Di peringkat ini, sudah datang kepercayaan bahawa berubah itu satu kemungkinan. Harapan adalah kuasa besar yang mampu mengubah. Hidup menjadi lebih baik bila perubahan boleh dilakukan.

Bagaimana orang lain boleh membantu?


  • berkuasa untuk mengambil langkah kecil untuk kehidupan yang lebih sihat.
  • contohnya disiplin masa bangun dan tidur, beriadah, ubah cara pemakanan sihat, hadiri majlis ilmu, sertai kumpulan sokongan, ikut temujanji rawatan/terapi.
  • ngatkan pesakit bahawa dia ada kuasa untuk berubah.
  • bantu dia untuk kenalpasti apa yang perlu diubah dan apa pencapaian yang sepatutnya. 
  • bantu dia untuk fokus kepada mengubah perkara2 negatif yang dilakukan selama ini menjadi positif. berikan sebab2 yang munasabah untuk dia membuat perubahan. dirinya sendiri haruslah mahu berubah secara sukarela.


ie. pada masa ini, agak sukar untuk dia bersetuju mengubah perkara yang sudah biasa dia lakukan. pertanyaan pertama biasanya...kenapa perlu diubah?



PERINGKAT 4. MEMBERI KOMITMEN UNTUK BERUBAH. 

Di peringkat ini, pesakit berasa cara berfikir mereka berubah. Mereka mula mempersoalkan mengapa masih terbelenggu oleh penyakit ini dan mencari jalan untuk berubah. Timbul kesedaran untuk memperbaiki diri dan peluang yang terbuka untuk mereka.

Bagaimana orang lain boleh membantu?


  • kenalpasti minat atau aktiviti yang menggembirakan,
  • kenalpasti perkara yang tidak memuaskan hati dan ubah,
  • galakkan mereka mencari apa yang membuat mereka rasa lebih sihat,
  • cadangkan cara-cara untuk berubah,
  • bimbing ke arah mencapai matlamatnya.


Perkara paling penting adalah mulakan sedikit demi sedikit. Ubah perlahan-lahan, kecil-kecilan. Bantu mereka untuk teruskan.

Peringkat berikutnya


Kemurungan: Peringkat-peringkat pemulihan

PERINGKAT-PERINGKAT PEMULIHAN DARI KEMURUNGAN

Di sini saya petik peringkat-peringkat pemulihan sebagai panduan untuk pemberi jagaan. Sebagai pemberi jagaan, amat perlu untuk anda memerhatikan perubahan tingkah laku dan mood pesakit. Dengan memahami peringkat-peringkat berikut, anda boleh membantu pesakit untuk pulih.

Mengatasi stigma

Terlalu banyak stigma; ramai yang berkata penyakit mental disebabkan oleh kecacatan atau keturunan. Namun, penyakit ini benar-benar wujud dan boleh diubati. Penyakit mental bukan satu kegagalan atau ketidakupayaan. Ia harus dilabel sebagai satu penyakit yang memerlukan rawatan profesional.

Pemulihan adalah satu proses yang memakan masa. Berikut disenaraikan secara ringkas peringkat2 pemulihan:

Peringkat 1. Menghadapi dan menangani kesan daripada penyakit ini dari segi emosi, fizikal, medikal dan spiritual.

Peringkat 2. Merasakan hidup amat terhad. Tiada gunanya untuk hidup lagi, putus asa, bersendirian tiada yang bantu, tidak sabar, marah.